Tempat Menarik Di Tawau: Top 5 Tempat Harus Dikunjungi

Tempat Menarik Di Tawau – Tawau dahulunya ialah salah sebuah jajahan Brunei semasa pemeritahan Brunei pada kurun ke-15. Malah, ianya pernah jatuh di bawah beberapa kerajaan seperti Jerman, Inggeris dan Jepun. Pada Perang Dunia Ke-2, bandar Tawau diranapkan oleh kapal terbang perang Jepun. Sehingga kini, cuma Menara Jam Tawau yang dibina pada tahun 1921 struktur asal yang tinggal. Kini, Tawau ialah sebuah daerah ketiga terbesar di negeri Sabah. Penduduknya berbilang kaum terdiri daripada orang Melayu, Cina dan suku kaum Sabah. Selain itu, geografinya yang dekat dengan Indonesia dan Filipina menjadi pilihan orang negara-negara tersebut untuk bekerja di Tawau. Kebanyakan tempat menarik di Tawau berada di bandar Tawau sendiri. Mari kita lihat ada apa di Tawau.

Tempat Menarik di Tawau

5 Tempat Menarik Di Tawau

1. Taman Bukit Tawau

Taman Bukit Tawau ditubuhkan pada tahun 1979 sebagai kawasan tadahan air untuk penduduk tempatan Tawau. Saiznya agak besar iatu kira-kira 28,000 hektar. Dari bandar Tawau, lokasinya cuma 24 kilometer sahaja dan sangat mudah diakses. Terdapat pelbagai kemudahan seperti kawasan berkelah dan denai-denai merentas hutan. Dahulunya tempat ini merupakan kawasan volkanik yang aktif jadi ada pemandangan landskap gunung berapi yang unik. Terdapat pelbagai spesis flora dan fauna untuk dilihat seperti burung enggang, tupai gergasi dan harimau leapord. Selain itu, ada mata air panas, pokok hutan hujan tertinggi dan air terjun yang ada disediakan kemudahan pelantar penjalan kaki untuk melawatinya.

Alamat:

  • Tawau Hills Park, Tawau, Sabah

Waktu Buka:

  • 8.30pagi-6.30petang (Isnin-Jumaat)

Tiket:

  • RM10 (Dewasa)
  • RM6 (Kanak-Kanak)

2. Taman Air Panas Sankina

Taman Air Panas Sankina ialah sebuah taman air panas yang menempatkan kolam-kolam air panas untuk merendam badan yang dikatakan mempunyai kebaikan kesihatan. Taman ini amat sesuai untuk membawa kanak-kanak kecil yang ingin bermain-bermain dengan alat permainan sambil merendam badan. Ibubapa tidak perlu berasa gelisah dengan cuaca panas kerana ada disediakan kanopi pelindungan matahari di bawah kolam. Selain itu, ada juga restoran, tempat bermain kanak-kanak kecil, tandas, tempat menukar pakaian dan sebagainya. Persekitarannya bersih kerana lokasinya berdekatan dengan taman bukit. Taman-taman pula ditumbuhi bunga-bunga warna warni yang sesuai untuk mengambil gambar dengan anak-anak kecil.

Alamat:

  • Jalan Hotspring, 91000 Tawau

Facebook:

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-10.00malam (Khamis-Selasa)
  • Tutup (Rabu)

Tiket:

  • RM35 (Dewasa)
  • RM25 (Kanak-Kanak)

3. Muzium Koko Teck Guan

Sejarah penanaman buah koko di Tawau bermula di Bukit Quoin apabila spesis koko Amelonado dibawa ke sini pada tahun 1957. Maka, lahirlah ladang koko di bawah syarikat dimiliki oleh Hong Teck Guan. Muzium ini ialah satu-satunya yang dibina khas menceritakan sejarah penanaman koko. Di sini ada sebuah ruang pameran kecil yang memberi maklumat tentang penanaman dan asal usul koko. Selain itu, ada juga lawatan berpandu ke kilang mereka di mana para pengunjung akan melihat penghasilan serbuk koko. Para pengunjung perlu menelefon sebelum datang melawat.

Alamat:

  • Mile 2, Tanjung Batu Laut, Teck Guan Factory, Tawau

Telefon:

  • +6089-775566

Waktu Buka:

  • 8.00pagi-5.00petang (Isnin-Jumaat)
  • 8.00pagi-1.00petang (Sabut)
  • Tutup (Ahad)

Tiket:

  • RM20 (Seorang)

4. Pasar Tawau Tanjung

Kalau berada di suatu tempat lain, pastinya ingin membeli makanan tempatan untuk dibawa balik. Di Tawau, para pelancong haruslah melawat Pasar Tawau Tanjung yang mempunyai 6,000 gerai menjual pelbagai produk tempatan. Bangunan yang siap pada tahun 1999 ini ialah pasar tertutup terbesar di seluruh Malaysia. Di sini, para pengunjung akan disambut dengan bau ikan kering yang kuat boleh dihidu di seluruh bangunan. Tawau sangat terkenal dengan makanan laut masin keringnya yang menjadi rebutan semua orang dari dalam dan luar negara. Selain itu ada buah-buahan segar, keropok amplang dan macam-macam lagi. Kalau tidak beli apa-apa pun, amat sesuai untuk mengambil gambar di sini.

Alamat:

  • Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu Buka:

  • 5.00pagi-5.00petang (Isnin-Ahad)

5. Restoran Makanan Laut Kam Ling

Tawau terletak di tepi laut jadi hasil tangkapan lautnya segar-segar belaka dan mempunyai kualiti yang tinggi. Di bandar Tawau, satu restoran yang dicadangkan ialah Restoran Makanan Laut Kam Ling yang menjual masakan seperti ikan stim, kerang, udang karang, tauhu, sayur-sayuran seperti kailan, sawi dan macam-macam lagi. Restoran ini menjadi pilihan kerana kesegaran makanan dan servis yang pantas. Saiznya besar, cukup untuk menampung ramai orang. Kalau ingin mencuba makanan laut di Tawau pada harga yang berpatutan, haruslah pergi ke sini. Restoran ini mempunyai persekitaran terbuka yang mempunyai pemandangan laut. Sambil makan bolehlah menikmati bayu dari Laut Celebes.

Alamat:

  • Jalan Chen Fook, Taman Sabindo, 91000 Tawau

Waktu Buka:

  • 11.00pagi-10.00malam (Isnin-Sabtu)
  • 1.00petang-10malam (Ahad)

Kesimpulan tempat menarik di Tawau

Daerah Tawau yang terletak di tenggara negeri Sabah kadang kala terlepas pandang sebagai destinasi pelancongan di Sabah. Lokasinya berbanding bandar-bandar besar Sabah juga agak jauh. Cara yang paling mudah untuk pergi ke sini ialah dengan menaiki kapal terbang ke Tawau yang dihubungkan dengan baik ke bandar-bandar utama di Malaysia. Suasana bandar ini unik kerana penduduknya mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat dari negara Indonesia dan Filipina.

Jadi, apabila berjalan-jalan di sini, tidak hairanlah mendengar pelbagai bahasa yang dituturkan. Selain keindahan alam semulajadinya, makanan di sini pun terkenal dengan kesegaran dan kesedapannya. Kebanyakan tempat menarik di Tawau pun cuma berdekatan antara satu sama lain dan amat mudah dicapai apabila sudah berada di sini.

Add Comment