Tempat Menarik Di Seremban: 13 Tempat Perlu Dilawati

Tempat Menarik Di Seremban – Daerah Seremban terletak di dalam Negeri Sembilan mempunyai populasi paling tinggi antara 7 daerahnya. Kebanyakan penduduk tinggal di bandar Seremban. Tetapi, sehingga hari ini, ianya belum lagi diberi gelaran bandaraya kerana masalah teknikal kerajaan pusat. Kebanyakan penduduk di Seremban adalah orang yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur yang menginginkan kehidupan yang lebih selesa dan kurang sesak. Sejarah Seremban sudah berputik sejak lama, tetapi pada masa kini, kebanyakan kawasan perumahan dan komersil baru dibuka kurang daripada 50 tahun lepas searas dengan kepesatan perkembangan ekonomi tempatan.

Walaupun baru, terdapat banyak tempat menarik di Seremban yang akan dibincangkan dalam senarai ini. Ada tarikan beli-belah, kebudayaan, restoran-restoran, alam semulajadi  dan sebagainya. Lokasinya cuma 40 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur memudahkan lagi perjalanan ke Seremban.

Tempat Menarik di Seremban

13 Tempat Menarik Di Seremban

1. Muzium Negeri Sembilan

Muzium Negeri Sembilan terletak di dalam kompleks kraf dan kebudayaan yang terletak di Jalan Sungai Ujong, Seremban. Seksyen-seksyen pameran di dalam bangunan dibahagikan kepada beberapa bahagian iatu Galeri Filatelik dan Setem untuk yang meminati setem-setem dan sampul surat hari pertama, Galeri Pameran Bersejarah, Galeri Pameran Kraftangan dan bilik tontonan video. Seni bina bangunannya pun unik bercirikan rekabentuk Minangkabau dan sangat cantik untuk diambil gambar. Di perkarangan muzium, ada beberapa struktur bersejarah seperti Istana Ampang Tinggi yang dibini pada tahun 1800, Rumah Negeri Sembilan yang dibina pada tahun 1898 dan beberapa meriam yang telah digunakan semasa perang di Melaka.

Alamat:

  • Lembaga Museum Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, 72000 Seremban

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-6.00petang (Sabtu-Khamis)
  • 10.00pagi-12.15petang,2.45petang-6.00petang (Jumaat)

Tiket:

  • Percuma

2. Galeri Diraja Tunku Jaafar

Sebuah muzium yang dibuka pada tahun 2014 memaparkan kehidupan Tuanku Jaafar yang memerintah selama 42 tahun sebagai Sultan Negeri Sembilan bermula pada tahun 1967, sehingga kemangkatannya pada tahun 2008. Bangunan ini mempunyai konsep seni bina kolonial moden. Pameran-pameran menceritakan kehidupan baginda seawal persekolahannya di Tanah Melayu. Selepas habis persekolahan menengah, baginda kemudiannya pergi ke Raffles College di Singapura dan meneruskan pendidikannya di London School of Economics selepas peperangan. Baginda berkhidmat sebagai diplomat Malaysia sebelum mengambil alih jawatan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Tempat ini sangat menarik untuk peminat-peminat sejarah Yang di-Pertuan Negeri Sembilan.

Alamat:

  • Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-5.00petang (Selasa-Ahad)
  • Cuti (Isnin)

Tiket:

  • RM30 (Dewasa)
  • RM15 (Kanak-Kanak dan Warga Emas)

3. Tokong Lipan

Tokong ini berusia 140 tahun terletak di puncak Bukit Jung kira-kira 127 meter di atas paras laut. Untuk mencapai tokong, para pengunjung perlu menaiki 264 tetangga. Di tokong terdapat sebuah pagoda tiga tingkat dengan patung Buddha berketawa. Tokong ini mempunyai persamaan seperti kebanyakan tokong Cina di Malaysia kecuali sebuah patung lipan batu gergasi yang telah dibina. Legenda patung lipan bermula apabila seorang lelaki yang menjadi kaya tetapi tidak membalas jasa ibunya. Oleh sebab itu, dia dihukum oleh Tuhan dan telah disumpah menjadi sebuah batu. Seekor lipan yang dipercayai jelmaan ibunya selalu dilihat di sebelah batu ini dan kalau digigit olehnya dikatakan membawa nasib baik.

Alamat:

  • Bukit Jung, Jalan Temiang, 70200 Seremban

Waktu Buka:

  • 7.00am-7.00pm (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

4. Ladang Burung Unta Jelita

Ladang seluas 4.2 hektar telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia. Pelawat akan dibawa oleh jurupandu bertauliah untuk satu lawatan yang menghiburkan di samping berpendidikan untuk seisi keluarga. Satu pengalaman unik di sini ialah pengunjung berpeluang untuk berdiri di atas telur. Telur burung unta sangat keras dan tidak akan pecah walaupun seseorang yang mempunyai berat 100kg berdiri di atasnya. Barangan cenderamata boleh didapati di kedai seperti daging burung unta untuk dicuba makan yang merupakan satu permintaan yang popular. Daging burung unta dipercayai lebih sihat dan lebih banyak khasiat.

Alamat:

  • Kampung Sungai Terip, 70400, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Facebook:

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-5.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • RM10 (Dewasa)
  • RM6 (Kanak-Kanak)

5. Lorong Seni, Seremban

Seperti kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia, seni jalanan menjadi semakin popular. Ini dijadikan sebagai tarikan pelancongan terbaru di Seremban. Lorong Seni di tengah-tengah pusat ibu negeri Seremban terdiri daripada 9 lukisan di lorong belakang 7 premis komersil. Lukisan-lukisan mempunyai elemen 3D mengetengahkan budaya penduduk yang berbilang kaum di Seremban. Pengunaan elemen yang tersedia digabungkan dengan lukisan. Sebagai contoh, ada sebuah lukisan hayun yang dilukis talinya bersambung dengan sepohon pokok benar memberi ilusi ianya tergantung dari pokok. Lorong seni ini akan diperkembangkan lagi di dalam bandar Seremban dalam masa terdekat. Peminat-peminat seni pastinya menghabiskan seharian mengambil gambar-gambar swafoto tercantik untuk dimuat naik ke Internet.

Alamat:

  • Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000, Bandar Seremban

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

6. Cendol Haji Sharif

Cendol Haji Sharif ialah sebuah restoran yang menyediakan hidangan pencuci mulut ini yang terkenal kerana rasanya yang sedap. Sejak turun-temurun lagi keluarga Haji Shariff menyediakan cendol yang mempunyai perasa daun pandan yang dihidangkan dengan ais cukur, kacang merah, sirap dan santan kepada penduduk setempat. Para pengunjung datang dari semua negeri dan juga dari luar negara datang ke sini semata-mata ingin mencuba cendol ini. Selain cendol, restoran ini juga menghidangkan rojak dengan sos pedas yang popular. Pada hari panas, ramai orang datang ke sini untuk melegakan kedahagaan. Selain rasanya yang sedap harganya pun murah, cuma berharga kurang daripada RM3 setiap pesanan.

Alamat:

  • 44, Jalan Yam Tuan, Seremban, Negeri Sembilan

Facebook:

Waktu Buka:

  • 10.30pagi-6.00petang (Sabtu-Khamis)
  • Tutup (Jumaat)

7. Tempat-tempat menarik di Seremban: Taman Hillpark S2 Heights

Taman berbukit-bukau ini terdiri daripada 3 zon. Di dalam zon 1 ada tempat permainan untuk kanak-kanak kecil. Tanaman-tanaman perhiasan dipilih dengan teliti bersesuaian dengan tema taman rekreasi berpendidikan. Ada pokok-pokok dilabel dengan namanya dan huraian tentang spesis tersebut untuk dipelajari bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Di zon 2 tarikan utamanya ialah replika dinosaur-dinosaur dari zaman Jurasik. Terdapat juga kemudahan permainan mesra kanak-kanak seperti ‘flying fox mini’ dan bongkah pendakian. Di zon terakhir pula, iatu zon 3, dipanggil ‘Tree and Plants Education Zone’ yang mempunyai pokok-pokok di sepanjang jalannya beserta dengan penerangan asal-usul dan ciri-ciri pokok.

Alamat:

  • S2 Heights, Seremban, 70300 Negeri Sembilan

Waktu Buka:

  • 6.00pagi-7.00malam (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

8. NS Galeria Dunia Coklat

Untuk orang yang meminati pelbagai jenis coklat, bolehlah berkunjung ke kedai ini.  Semuanya dibuat dengan tangan. Coklat-coklat bertaraf premium ini telah diiktiraf oleh Lembaga Koko Malaysia. Di sini ada dijual 50 jenis coklat berkualiti dijual pada harga berpatutan. 30% daripada coklat dihasilkan oleh sebuah jenama tempatan ChocsValley and 70% pula dibuat oleh usahawan tempatan. Selain itu, ada juga sebuah kafe kecil di premis ini yang menjual produk-produk berasaskan coklat seperti air coklat, biskut coklat, kek coklat dan sebagainya. Coklat yang dijual dibungkus dengan teliti dengan dekorasi yang setanding dengan kualiti luar negara. Lokasinya mudah sahaja dicapai, ianya cuma terletak berhadapan Muzium Negeri Sembilan.

Alamat:

  • Jalan Sungai Ujong, Seremban 70200

Facebook:

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-5.00petang (Isnin-Ahad)

9. Hutan Lipur Lenggeng

Kawasan Seremban masih lagi diliputi dengan kawasan hutan yang sesuai untuk melakukan kegiatan rekreasi. Hutan Lipur Lenggeng adalah kawasan hutan simpan di Seremban. Lokasinya cuma terletak kira-kira 26 km ke utara Seremban. Hutan Lipur ini sesuai untuk menikmati persekitaran semulajadi pokok hutan hujan dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Selain itu ada juga kemudahan untuk berkelah dan berkhemah. Ia juga merupakan tempat sesuai untuk menyegarkan diri dalam anak sungai dan air terjun setinggi 20 kaki yang mengalir melaluinya. Kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, tandas dan laluan hutan yang ditanda jelas. Perkhemahan semalaman juga dibenarkan. Hutan lipur ini sesuai untuk berehat daripada kesibukan kota.

Alamat:

  • 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan

Waktu Buka:

  • 7.00pagi-6.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

10. Taman Haiwan ‘Rabbit Fun Land’

Seremban juga ialah sebuah daerah yang ada aktiviti kekeluargaan juga. Di taman haiwan ini ada haiwan seperti arnab, burung unta, keldai, angsa dan sebagainya. Kelebihan taman haiwan ini ialah para pengunjung boleh memegang dan memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang berkeliaran dalam sangkar mereka. Ada juga peluang untuk menaiki atas keldai yang comel. Tempat ini amat sesuai membawa kanak-kanak kecil terutamanya sebagai satu lawatan pembelajaran mengenai kepelbagaian jenis spesis haiwan-haiwan. Kawasannya kecil sahaja, cukup untuk menghabiskan satu jam tetapi padat dengan kepelbagaian haiwan-haiwan di situ.  Selain itu, ada juga disediakan kemudahan restoran dengan makanan unik seperti daging arnab untuk dicuba.

Alamat:

  • Kampung Sungai Gunung Machang Ulu, 71750 Seremban

Waktu Buka:

  • 10.30pagi-7.00petang (Selasa-Ahad)
  • Tutup (Isnin)

Tiket:

  • RM8 (Seorang)

11. Restoran One Top Curry House

Satu restoran yang dicadangkan di Seremban ialah Restoran One Top Curry House. Makanan yang paling popular di sini ialah nasi daun pisang tradisional. Aroma makanan berkari yang menggunakan daun pisang sebagai alas menaikkan kesedapannya. Para pekerja restoran akan pergi meja ke meja untuk mengisi semula lauk-pauk yang ingin di makan. Pastinya makanan berkari di sini adalah antara yang paling digemari seperti kari ayam, kari daging dan kari kambing yang harus dicuba. Selepas kenyang makan, para pengunjung harus menutup daun pisang untuk memberi isyarat tidak mahu makanan diisi semula. Selain nasi daun pisang, ada juga dijual nasi piring yang terkenal di sini.

Alamat:

  • 152, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000,Bandar Seremban

Waktu Buka:

  • 7.30pagi-10.30malam (Isnin-Ahad)

12. AEON Seremban 2

Seremban semestinya menyediakan tempat beli-belah untuk para pengunjung. Pusat beli-belah yang terkenal ialah AEON Seremban 2. Semua jenama-jenama terkenal ada di sini. Pengunjung tidak akan balik kelaparan kerana ada kedai-kedai makan seperti McDonalds, Pizza Hut, Starbucks dan sebagainya. Untuk seisi keluarga, ada pasaraya yang besar dengan pelbagai barangan pada harga berpatutan. Para remaja boleh bertandang ke sini bermain boling atau menonton filem terbaru di pawagam bersama-sama kawan sekalian. Lokasinya di tengah-tengah Seremban dan terdapat banyak kemudahan seperti tempat letak kereta yang banyak cukup menampung semua pengunjung. Pada hujung minggu, ada sahaja aktiviti kekeluargaan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan pusat beli belah.

Alamat:

  • Persiaran S2 B1, Seremban 2, 70300 Seremban

Facebook:

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-10.00malam (Isnin-Ahad)

13. Gereja Visitation

Gereja Visitation ialah gereja yang tertua dan paling bersejarah di Seremban. Ianya dibina pada tahun 1885 oleh mubaligh Perancis. Ianya dibina untuk kegunaan penganut agama Katolik berbangsa Cina dan India di Seremban. Sejarah gereja ini sudah berusia lebih daripada 100 tahun dan memainkan peranan penting dalam perkembangan kepelbagaian agama di Seremban ini. Kini ianya, berdiri megah dengan rekabentuk dari pengaruh kolonial. Sebuah menara loceng dengan atap yang tinggi menjadi hiasan yang paling mudah dilihat dari jauh. Gereja ini menganjurkan pelbagai aktiviti untuk penganutnya tetapi pada hari Natal merupakan hari meriah yang harus dilihat sendiri oleh para pelancong. Pastinya melihat gelagat orang menyambut hari Natal memang seronok.

Alamat:

  • 85A Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban

Waktu Buka:

  • 24 Jam

Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Seremban

Daerah Seremban ada semuanya untuk dilihat. Walaupun daerah ini kecil sahaja, tetapi ada banyak tempat-tempat pelancongan untuk dilawati di sini. Bergantung kepada aktiviti yang ingin dilakukan, Seremban boleh dijelajah dalam masa 2 atau 3 hari. Semuanya ada di sini, tarikan semulajadi, kebudayaan, kesenian dan makanan yang sedap. Mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang aktiviti yang boleh dilakukan di sini kerana ianya diketahui Seremban terkenal dengan tempat perumahan tetapi kegiatan pelancongannya masih belum lagi ditapis.

Oleh itu, jika kebetulan berada di sekitar Seremban, bolehlah berkunjung ke sini berpandukan tempat-tempat dalam senarai ini. Malah, lokasinya berdekatan sahaja dengan bandar-bandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur. Semua tempat menarik di Seremban pastinya membawa keriangan dan keseronokan kepada para pelancong yang ingin berkunjung ke sini.

Add Comment