Tempat Menarik di Sabah: 30 Tempat Yang Mesti Dikunjungi

Negeri Sabah atau nama gelaranya ‘Negeri Di Bawah Bayu’ merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Ianya mendapat gelaran sedemikian kerana posisi geografinya terletak di selatan gelanggan taufan Pasifik.

Gelaran ini dipopularkan lagi oleh sebuah buku yang ditulis oleh seorang penulis Amerika, Agnes Keith yang bertajuk ‘Land Below The Wind’ mengenai kronologi hidupnya sebagai orang asing tinggal di negeri Sabah. Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Sabah terutamanya yang bertemakan alam semulajadi.

Saiz negeri ini ialah 73,904 kilometer disempadani dengan Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes. Negeri ini diberkati dengan ratusan pulau-pulau indah, hutan belantara dengan ratusan jenis spesis flora dan fauna dan gunung-ganang tinggi dengan persekitaran nyaman dan sejuk.

Selain itu, terdapat lebih daripada 30 suku etnik di Sabah dengan kebudayaan, tatacara hidup dan agama berlainan hidup dengan aman dengan satu sama lain.

Tempat Menarik di Sabah

 

Tempat-Tempat Menarik di Sabah

Pulau-Pulau di Sabah

1. Pulau Mabul

Senarai ini dimulakan dengan Pulau Mabul yang sememangnya terkenal di arena dunia. Pemandanganya indah dengan air jernih dan pasir yang putih. Pulau ini kecil sahaja , hanya 20 hektar tetapi dipenuhi dengan pelbagai jenis penginapan untuk pelancong.

Penyelamanan ‘muck’ di sini diundi antara yang paling cantik di dunia. Hidupan laut seperti sotong flamboyant dan sotong mimic memang cantik kalau diambil dengan gambar. Terdapat banyak tempat penginapan yang sesuai dengan mana – mana bajet disediakan di sini. Untuk pergi ke Mabul, para pengunjung perlu bertolak dari jeti Semporna.

Untuk memudahkan perjalanan, para pengunjung dinasihatkan untuk menempah pakej penginapan di Pulau Mabul yang turut menyediakan kemudahan pengangkutan dari lapangan terbang ke pulau. Di jeti ada juga disediakan kaunter pembelian tiket.

Alamat:

  • Semporna Jetty, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah.

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 6.00 petang.

Tiket:

  • RM50 (satu hala seorang).
  • RM10 untuk cas masuk.

2. Pulau Bohey Dulang

Pulau Bohey Dulang terletak sejauh 23 kilometer dari bandaraya Semporna. Pulau ini unik kerana bentuk muka buminya yang berbukit – bukau. Dahulunya wujud sebuah gunung berapi kuno yang membentuk sebuah kawah yang kini ialah sebuah lagun sedalam 25 meter.

Pulau Bohey Dulang di kelilingi oleh pulau – pulau yang lebih kecil iatu Pulau Bodgaya dan Pulau Tetagan. Aktiviti yang paling menarik di sini ialah mendaki ke Puncak Bohey Dulang setinggi 335meter. Perjalanan ini mengambil masa kira – kira 40 minit sejauh 600 meter.

Dalam perjalanan , pelawat berpeluang melihat pelbagai flora – fauna. Apabila sampai di puncak , pemandanganya sangat dramatik dengan lautan biru diselangi pulau – pulau yang hijau. Selain itu, aktiviti seperti snorkeling dan menyelam juga ada di sini.

Alamat:

  • Semporna Jetty, Taman Bandar Semporna, 91308 Semporna, Sabah.

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 6.00 petang.

Tiket:

  • RM100 ke atas. Pengunjung dinasihatkan pergi ke jeti untuk dapatkan harga terbaik.

3. Pulau Tiga

Pulau Tiga menjadi semakin terkenal selepas ianya digunakan sebagai lokasi penggambaran rancangan televisyen ‘Survivor’ pada tahun 2000. Pulau ini bukanlah satu tinggalan zaman lama kerana ianya terbentuk pada tahun 1897 disebabkan oleh sebuah gempa bumi yang berlaku pada tahun itu.

Kedudukanya hanya 10km dari Kuala Penyu membolehkan pelancong datang ke sini dengan mudah. Tarikan utama di sini pula ialah kolam lumpur volkanik yang masih lagi aktif dan ramai pengunjung datang hanya untuk berendam di dalamnya. Kolam lumpur ini penuh dengan mineral yang menyihatkan kulit untuk kelihatan lebih muda dan cantik.

Berjalan – jalan di sini mudah kerana jalanya rata sahaja sesuai untuk semua golongan tua atau muda. Untuk pergi ke sini, pengunjung dinasihatkan menempah pakej pelancongan yang disediakan oleh pengendali pelancongan di bawah.

Alamat:

  • Sipadan Dive Center , 10th Floor Wisma Merdeka, Jalan Tun Razak, 88000 Kota Kinabalu.

Telefon:

  • +6 088-240584.

Laman Web:

Facebook:

4. Pulau Manukan

Pulau Manukan terletak cuma 15 minit daripada pusat bandaraya Kota Kinabalu dengan bot laju. Ianya sebenarnya sebahagian daripada Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan dikatakan pulau paling cantik antara semua pulau – pulau di sekeliling.

Hutanya tebal dipenuhi pelbagai hidupan liar dan airnya jernih penuh dengan ikan – ikan laut. Oleh kerana lokasinya yang dekat dengan bandar, ramai pengunjung datang ke sini untuk pengembaraan harian untuk melakukan aktiviti-aktiviti pantai seperti menyelam, snorkeling dan merentas hutan.

Kemudahanya sangat lengkap termasuk sistem elektrik, pembentungan dan penyahgaraman air tersendiri. Jadi kalau ingin menikmati kehidupan pulau dengan kemudahan yang lengkap, bolehlah pergi ke Pulau Manukan. Sebuah hotel 5 bintang juga disediakan kalau ingin bermalaman di pulau. Bot laju bertolak dari Jeti Jesselton setiap hari.

Alamat:

  • Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kota Kinabalu, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Buka:

  • 8.30 pagi – 4.15 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM17 (Pergi balik).
  • RM6 (Yuran tarif).
  • RM10 (Yuran Alam Sekitar).

5. Pulau Layang-Layang

Pulau Layang-Layang terletak di kawasan yang terpencil di Laut China Selatan kira-kira 300 kilometer dari Kota Kinabalu. Tempat ini cuma boleh dicapai menggunakan kapal terbang dan ada satu sahaja penginapan di sini.

Oleh kerana lokasinya yang terpencil, kepelbagaian hidupan laut lebih banyak dan airnya kurang tercemar. Tambahan lagi, jaraknya yang jauh dari darat memberi privasi  kepada para pelancong di sini.

Sebenarnya, Pulau Layang-Layang ialah satu daripada gugusan kepulauan Spratley yang dituntut oleh beberapa negara sekelilingnya. Tempat ini hanya boleh diakses dari Februari hingga Oktober sebelum kedatangan musim tengkujuh.

Pengangkutan ke sini hanya boleh ditempah berserta dengan penginapan di Layang-Layang Island Resort. Resort ini semuanya ada termasuk kolam renang, bot persiaran, hidangan bufet, tempat berjemur matahari dan sebagainya.

Alamat:

  • Pulau Layang-Layang, 88005, Sabah.

Laman Web:

Facebook:

Tiket:

  • Harga bermula daripada USD1025 seorang.

Dataran Tanah Tinggi di Sabah

6. Kundasang

Di Sabah, geografinya bergunung-ganang membentuk banyak dataran tanah tinggi dengan pemandangan indah dan suhu yang rendah. Salah satunya ialah Kundasang iatu sebuah pekan kecil pada ketinggian 1,900 meter. Ketinggian ini meletakkan Kundasang penempatan tertinggi di Malaysia.

Pemandangan yang berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu sangat sesuai untuk mengambil gambar. Terdapat banyak bahu jalan pengunjung boleh berhenti kalau berkenan dengan sudut pengambaranya. Suhunya tidak melebihi 25 celsius sepanjang tahun dan waktu malam boleh mencecah 13 celsius.

Pekan kecil ini terkenal dengan penjualan sayur-sayurannya yang dijual borong sejauh negara Brunei. Selain sayur-sayuran, ada juga dijual bunga-bunga tanah tinggi. Antara tarikan di sini ialah Taman Memorial Kundasang memperingati askar yang meninggal semasa Perang Dunia Kedua.

Alamat:

  • Kundasang Main Square, Pekan Kundasang, 89308 Ranau, Sabah.

Penginapan:

  • Harga penginapan di sini bermula daripada RM50. Sila semak laman web agregator seperti agoda.com untuk harga terkini.

7. Taman Kinabalu

Satu lagi kawasan tanah tinggi yang terkenal ialah Taman Kinabalu. Taman tanah tinggi ini ialah titik permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu, tetapi para pengunjung boleh datang untuk tinggal di penginapan sini tanpa mendaki.

Ketinggianya ialah 1585 meter dari permukaan laut terletak kira – kira 88 kilometer dari Kota Kinabalu. Aktiviti utama di sini ialah bersiar-siar di perkarangan taman dan merentas hutan. Flora dan fauna di Taman Kinabalu mempunyai antara kepelbagaian di dunia untuk kawasan tanah tanah tinggi iatu antara 5,000 sehingga 6,000 spesis termasuk 1,000 spesis bunga orkid.

Aktiviti merentas hutan membawa pengunjung melihat semuanya. Ada 10 denai yang panjangnya bermula dari 150 meter sehingga 5.6 kilometer. Penginapan turut disediakan jika ingin bermalam dalam suasana dingin kawasan tanah tinggi ini.

Alamat:

  • Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah.

Waktu Buka:

  • 7.00 pagi – 7.00 malam (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM3 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM15 (Warganegara Asing Dewasa).
  • RM1 (Warganegara Malaysia Kanak-Kanak).
  • RM10 (Warganegara Asing Kanak-Kanak).

8. Tambunan

Tambunan ialah sebuah pekan kecil yang mempunyai penduduk lebih kurang 3,000 orang sahaja. Kehidupan di sini perlahan, dikelilingi oleh pemandangan gunung-ganang yang diselaputi kabus sepanjang tahun.

Satu perkara unik di sini ialah kegiatan ekonominya yang bergantung kepada penanaman padi. Jadi, satu pemandangan yang berbaloi untuk dilihat ialah pemandangan sawah padi bertingkat yang terbentang luas dalam pemandangan.

Penduduk di sini amat mahir membuat kraftangan tradisional seperti alatan muzik sompoton, bungkau dan tongkongan. Baru-baru ini satu anjung tinjau dibina yang dinamakan Sinurambi Tambunan sebagai tempat untuk menyaksikan pemandangan seluruh pekan Tambunan.

Selain itu, terdapat banyak denai-denai rentas hutan untuk melihat flora dan faunanya. Untuk berjalan-jalan di sini, cara paling mudah ialah untuk menyewa kenderaan sendiri kerana semuanya boleh dicapai memandu. Titik permulaan jelajah cadangan ialah di pusat pekan Tambunan.

Alamat:

  • Pekan Tambunan, Jalan Kaingaran, 500, 89650 Tambunan, Sabah.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

9. Taman Negara Crocker, Keningau

Di bahagian Keningau pula, Taman Negara Banjaran Crocker ialah sebuah tarikan pelancong yang tidak kurangnya cantik dan menawarkan peluang melihat pelbagai keindahan alam di sini. Taman negara ini tidak sesesak Taman Negara Kinabalu di utaranya tetapi daya tarikanya adalah setanding.

Di kawasan ibu pusat taman negara ini, ada tarikan seperti taman paku-pakis, taman serangga, anjung tinjau, restoran, kemudahan penginapan dan sebagainya. Tarikan utama di sini ialah taman bunga rafflesia. Kalau bernasib baik, mungkin akan berpeluang untuk melihat bunga ini berkembang.

Secara keseluruhannya, tempat ini mengambil masa seharian untuk dijelajah. Aktiviti malam pula ialah melihat serangga yang aktif pada waktu malam.

Alamat:

  • Crocker Range National Park, Tambunan, Sabah.

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM3 (Seorang).
  • RM5 (Yuran berkelah).

Tiket Bas:

  • RM20 (Bertolak dari Kota Kinabalu).

10. Kolam Air Panas Poring, Ranau

Satu lagi tempat tanah tinggi istimewa di Sabah ialah Kolam Air Panas Poring. Di sini, terdapat kolam rendaman panas amat sesuai dengan persekitarannya yang sejuk. Sambil merendam badan dalam air panas dengan pemandangan yang indah adalah satu pengalaman unik yang tidak terdapat di tempat lain di Malaysia.

Tambahan pula, kolam air panas ini mengandungi bahan-bahan mineral yang amat baik untuk kesihatan kulit. Terdapat pelbagai jenis kolam dibina, ada yang dalam dan ada yang cetek untuk kanak-kanak. Sebelum datang ke sini,pengunjung dinasihatkan membawa alatan mandi sendiri seperti baju mandi, selipar getah dan sebagainya.

Selain kolam air panas, ada tarikan lain seperti taman rama-rama, jalan kanopi dan air terjun. Jalan kanopi ini agak mencabar dan orang yang mempunyai masalah pergerakan dinasihatkan tidak menggunakanya.

Alamat:

  • Poring Hot Spring, 89300 Ranau, Sabah.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 malam (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM3 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM1 (Warganegara Malaysia Kanak – Kanak).
  • RM20 (Warganegara Asing Dewasa dan Kanak – Kanak).

Taman-Taman Negara

11. Taman Negara Kinabatangan

Sungai Kinabatangan mempunyai kepanjangan 560 kilometer ialah sungai kedua terpanjang di negara Malaysia. Dataran banjir di lembangan sungai ini adalah yang terbesar di Malaysia menjadi tumpuan hidupan liar untuk tinggal di sini seperti orang utan, monyet belanda, gajah pigmi dan sebagainya.

Sebahagian persisiran hutan ini didiami penduduk seperti pekan Sukau yang juga merupakan titik permulaan untuk menjelajah taman ini. Untuk melihat haiwan – haiwan pula, para pengunjung akan menaiki bot ditemani jurupandu untuk menerangkan kehidupan liar di sini. Binatang-binatang liar selalunya datang ke tepi sungai untuk minum air.

Terdapat 3 sesi melayar sungai iatu pada pukul 6pagi, 4petang dan 7malam bergantung kepada jenis haiwan yang ingin dilihat. Selalunya pengunjung akan bermalam sekurang-kurangnya satu malam di Sukau dan bandar utama paling dekat ialah Sandakan.

Alamat:

  • Sukau, 90200 Kinabatangan, Sabah.

Tiket:

  • Harga pelayaran sungai bermula daripada RM50 seorang.
  • Penginapan bermula daripada RM60.

12. Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok

Pusat pemuliharaan ini dibuka untuk memulihara orang utan yang cedera, tanpa ibubapa atau kehilangan tempat tinggal akibat daripada penebangan pokok – pokok di hutan.

Di sini, orang utan dilatih untuk mencari makanan, memanjat pokok dan membuat sarang tempat tinggal. Pada tahun 2017, dikatakan terdapat kira – kira 200 orang utan yang tinggal di sini. Proses pemuliharaan mengambil masa 7 tahun sebelum orang utan boleh berdikari dan hidup bebas di hutan belantara.

Memang seronok melihat gelagat binatang ini yang juga berkongsi persamaan genetik dengan spesis manusia.

Alamat:

  • Sabah Wildlife Department, W.D.T. 200, Sandakan, Jalan Sepilok, Sepilok, 90000 Sandakan, Sabah.

Telefon:

  • 089-531 180.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi-11.00 pagi.
  • 2.00 petang – 4.00 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM5 Dewasa 17 tahun ke atas (Warganegara Malaysia).
  • RM2 Kanak – kanak 17 tahun ke bawah (Warganegara Malaysia).
  • RM30 Dewasa 17 tahun ke atas (Warganegara asing).
  • RM15 Kanak – kanak 17 tahun ke bawah (Warganegara asing).

13. Gua Gomantong

Gua Gomantong memang terkenal dengan produk sarang burungnya yang menjadi rebutan para wanita. Dahulunya, gua ini dimiliki peribadi oleh orang tempatan dan kini telah diambil alih oleh kerajaan negeri dan diwartakan sebagai sebuah tarikan pelancong.

Gua ini dibentuk oleh singkapan batu kapur yang terbesar di daerah Kinabatangan. Di pintu masuk gua, ada informasi menarik tentang ekosistem gua ini seperti replika sarang burung. Perjalanan dari pintu masuk ke gua utama iatu Simud Hitam mudah kerana ada disediakan platfom pelantar kayu sehingga ke mulut gua.

Suasana di dalam gua bagaikan di alam lain dengan haiwan-haiwan seperti burung layang-layang yang datang membuat sarang-sarang mereka. Di hujungnya ada satu lagi gua iatu gua Simud Putih tetapi memerlukan keadaan fizikal yang cergas kerana memerlukan pengunjung mendaki.

Alamat:

  • Gua Gomantong, 90000 Kinabatangan, Sabah.

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM5 (Dewasa).
  • RM2 (Kanak-kanak).

14. Lembah Danum

Lembah Danum ialah hutan dipterokarp pamah yang bersaiz 438 kilometer persegi. Lembah Danum berumur 130 juta tahun, malah lebih tua daripada hutan  Amazon di Brazil. Terdapat pelbagai hidupan liar di situ seperti burung enggang, orang utan, beruang matahari dan sebagainya.

Malah baru-baru ini, beberapa spesis pokok baru telah ditemui di sini yang tidak terdapat di mana-mana tempat tropika lain. Lembah Danum adalah kawasan yang dihadkan pengunjung untuk menjaga ekosistemnya. Pelancongan massa tidak dibenarkan, cuma 60 tetamu dibenarkan masuk setiap hari.

Terdapat dua sahaja tempat penginapan di tengah-tengah Lembah Danum iatu Danum Valley Field Center yang menawarkan penginapan asas dan Borneo Rainforest Resort yang bertaraf 4 bintang. DVFC lebih berpatutan dan menyediakan aktiviti lengkap. Butiranya akan dipaparkan di bawah.

Alamat:

  • MDLD 3286, Ground Floor, Fajar Centre, Lahad Datu.

Telefon:

  • +60 0138846968.

Tiket:

  • RM50 (Yuran konservasi).
  • RM65 (Yuran bas).
  • Penginapan bermula daripada RM91 ke atas.

15. Taman Negara Penyu

Taman Negara Penyu ini terletak kira-kira 40 kilometer daripada bandar Sandakan. Pengunjung perlu menaiki bot laju untuk sampai ke situ.

Taman Negara Penyu di Lautan Sulu terdiri daripada tiga pulau utama iatu Pulau Selingan, Pulau Bakungan Kecil dan Pulau Gulisan. Pusat masuk taman negara ini terletak di Pulau Selingan di mana kemundahan-kemudahan seperti pusat penetasan telur penyu, tempat penginapan para pelancong dan pusat informasi disediakan.

Waktu terbaik untuk menyaksikan pendaratan penyu ialah selepas waktu senja antara bulan Julai sehingga Oktober. Selepas penetasan telur, anak-anak penyu dikumpulkan untuk dilepaskan ke dalam laut.

Alamat:

  • Crystal Quest Sdn. Bhd, Sabah Park Jetty Jalan Buli Sim-Sim, P. O Box 848, 90719, Sandakan.

Telefon:

  • 089 212711.

Waktu Buka:

  • Bot bertolak dari jeti Buli Buli Sim pada pukul 9.30 setiap hari.

Tiket:

  • RM30 Dewasa (Warganegara Malaysia).
  • RM60 Dewasa (Warganegara asing).
  • RM20 Kanak-kanak (Warganegara Malaysia).
  • RM30 Kanak-kanak (Warganegara asing).

Fenomena-Fenomena Yang Hanya Ada di Sabah

16. Ladang Lembu Desa, Kundasang

Ladang Lembu Desa pada sekilas pandang rupanya seperti di negara New Zealand kerana berlatarbelakang bergunung-ganang berkabus di puncaknya. Lembu-lembu baka Freisians yang diimport dari luar negara untuk pasaran tempatan.

Tempat ini sangat diminati oleh orang ramai kerana ia satu-satunya ladang lembu dengan pemandangan yang indah belaka. Malah ada juga pakej untuk mengambil gambar perkahwinan. Di sini bukan sahaja aktiviti melihat lembu, malah pengunjung boleh juga belajar cara memerah susu lembu dan memberi makanan kepada lembu.

Ladang milik peribadi ini juga menjual produk-produknya pada lokasi. Jadi bolehlah minum susu yang sangat segar dan makan produk berasaskan susu seperti keju dan dadih.

Alamat:

  • Desa Cattle Dairy Farm, 89308 Kundasang, Sabah.

Facebook:

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 5.00 petang.

Tiket:

  • RM5 (Dewasa).
  • RM4 (Kanak – kanak).

17. Taman Rizab Rafflesia, Tambunan

Satu-satunya taman rizab di dunia yang dikhaskan untuk menggalakkan pertumbuhan bunga Rafflesia, iatu bunga yang terbesar di dunia. Saiz diameter bunga ini boleh mencecah sehingga 1 meter.

Perjalanan ke pintu masuk taman ini melalui jalan yang berliku selama satu jam dari pekan Tambunan. Di situ, ada sebuah pusat informasi yang mendidik orang ramai tentang bunga ikonik ini. Kemasukan ke taman rizab ini beserta dengan seorang jurupandu terlatih yang arif mengenai setiap plot perkembangan tumbuhan rafflesia.

Pengunjung dinasihatkan untuk memakai pakaian bersesuaian untuk pergi merentas hutan dan ada ketikanya perjalanan mengambil masa selama dua jam. Bunga rafflesia hanya berkembang selama tiga hari sebelum mati, oleh itu, peluang melihat bunga ini berkembang amat terhad. Oleh itu, sebelum ke taman ini pengunjung dinasihatkan untuk bertanya dahulu.

Alamat:

  • Rafflesia Information Centre, 500, 89650 Tambunan, Sabah.

Waktu Buka:

  • 8.30 pagi – 3.00 petang (Isnin – Sabtu).

Tiket:

  • RM50 (Warganegara Malaysia).
  • RM100 (Warganegara Asing).

18. Taman Nepenthes Rajah Mesilau

Nepenthes Rajah pula ialah salah satu daripada spesis daripada keluarga tumbuhan periuk kera. Tetapi, ini adalah spesis yang terbesar di dunia dan juga salah satu tumbuh-tumbuhan karnivor.

Ia bagaikan spesis dari zaman dinasour yang kekal sehingga hari ini. Spesis ini hanya boleh ditemui di perkarangan Gunung Kinabalu sahaja dan tidak terdapat di mana – mana di dunia. Ianya boleh memerangkap mamalia kecil di dalamnya boleh menampung air hujan sebanyak 2 liter.

Binatang – binatang seperti tikus, katak dan gecko adalah mangsanya. Nepenthes Rajah menghasilkan nektar manis untuk diminum binatang-binatang sebagai umpan. Saiz paling besar pernah dilihat berukuran 40 sentimer yang ditemui pada tahun 2011. Untuk melihat fenomena ini, pengunjung pergi ke situ melalui Taman Negara Kinabalu.

Alamat:

  • Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah.

Waktu Buka:

  • 7.00 pagi – 7.00 malam (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM3 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM15 (Warganegara Asing Dewasa).
  • RM1 (Warganegara Malaysia Kanak-Kanak).
  • RM10 (Warganegara Asing Kanak-Kanak).

19. Gajah pigmi Borneo di Taman Hidupan Liar Lok Kawi

Gajah pigmi Borneo ialah subspesis gajah yang hanya wujud di Sabah dan beberapa tempat di Indonesia. Gajah ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding gajah-gajah di tempat lain di seluruh dunia kerana saiznya yang lebih kecil.

Tetapi kini, populasi gajah ini semakin berkurang kerana habitatnya dimusnahkan oleh kegiatan manusia. Kini terdapat kurang daripada 1,500 ekor sahaja yang tinggal dan usaha untuk menambahkan bilanganya sedang giat dijalankan. Terdapat satu kawasan pemuliharaan yang dinamakan Taman Hidupan Lok Kawi di mana gajah ini dijaga dengan baik.

Selain itu, pengunjung juga boleh berinteraksi dengan haiwan ini. Gajah ini adalah binatang yang harus dilihat di situ, tetapi ada juga haiwan lain seperti burung-burung , orang utan, harimau, beruang dan sebagainya.

Alamat:

  • 63, Jalan Penampang, 88200 Penampang, Sabah.

Waktu Buka:

  • 9.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM10 (Warganegara Malaysia).
  • RM20 (Warganegara Asing).

20. Beruang madu di Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo

Beruang madu adalah spesis beruang endemik yang hanya boleh ditemui di Asia Tenggara. Ciri utamanya yang membezakanya ialah saiznya kecil berbanding dengan spesis beruang lain di dunia.

Ia juga mempunyai gelangan putih di bahagian dadanya. Beruang ini dinamakan beruang madu kerana ia suka makan daripada sarang madu. Oleh itu, pusat pemuliharaan ini ditubuhkan sebagai pusat pendidikan mengenai haiwan ini dan memulihara populasi beruang madu.

Ianya adalah satu – satunya pusat pemuliharaan beruang madu di dunia. Terdapat lebih daripada 40 ekor beruang madu di sini dan jumlahnya semakin bertambah. Kemudahan ada di situ termasuk pusat informasi umum, anjung tinjau, pelantar jalan berkayu dan sebagainya.

Alamat:

  • Bornean Sun Bear Conservation Centre, PPM 219, Elopura, 90000, Sandakan, Sabah.

Waktu Buka:

  • 9.30 pagi – 3.30 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM5.30 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM31.80 (Warganegara Asing Dewasa).
  • RM2.10 (Warganegara Malaysia Kanak-Kanak).
  • RM15.90 (Warganegara Asing Kanak-Kanak).

Aktiviti – Aktiviti Lasak di Sabah

21. Menaiki via ferrata tertinggi di dunia

Pendakian Gunung Kinabalu dikatakan antara yang paling mencabar. Salah satu laluanya memerlukan pendaki melalui via ferrata yang telah diiktiraf sebagai via ferrata tertinggi di dunia pada ketinggian 3776 meter.

Via ferrata ialah laluan pendakian yang dibina untuk membolehkan pendaki tanpa pengalaman melalui laluan yang curam dan menggayat hati terutamanya kepada yang takut kepada ketinggian. Terdapat dua laluan via ferrata di sini iatu ‘Walk The Torque’ dan ‘Low’s Peak Circuit’. ‘Low’s Peak Circuit’ adalah untuk yang lebih berpengalaman.

Para pendaki hendaklah tiba di ‘Pendant Hut’ untuk diberi taklimat menggunakan via ferrata ini. Setiap hari, waktu bermula perjalanan ialah pada pukul 7.30 pagi. Untuk mendaki Gunung Kinabalu, pendaki dinasihatkan menempah pakej pengendali bertauliah seperti ‘Amazing Borneo’.

Alamat:

  • Gunung Kinabalu, Ranau , Sabah.

Laman Web:

Tiket:

  • Pakej mendaki gunung bermula daripada RM1,060. Sila semak laman web untuk harga semasa.

22. Mendaki Gunung Trus Madi

Gunung Trus Madi ialah gunung kedua tertinggi di Malaysia pada 2642 meter. Uniknya, gunung ini terletak tidak jauh dari Gunung Kinabalu malah boleh dilihat dari ufuk kedua-dua gunung ini bersebelahan.

Walaupun kedua tertinggi, tetapi tahap kesukaran pendakian gunung ini adalah lebih sukar berbanding Gunung Kinabalu. Pendakian ke atas puncak ini sejauh 4.9 kilometer. Perjalananya sangat curam dan tidak banyak tempat landai yang boleh digunakan untuk berteduh.

Pendakian ke puncak ini boleh mengambil masa selama 4 jam melalui jalan yang becak. Pendaki tidak boleh bersandar kerana boleh menyebabkan badan jatuh bebas menegak. Denai yang paling biasa digunakan ialah denai Kaingaran.

Terdapat flora dan fauna yang juga unik kepada kawasan ini seperti Nepenthes Trusmadiensis. Pendakian gunung hendaklah dibuat melalui tempahan dengan pengendali bertauliah.

Alamat:

  • Gunung Trus Madi, Sabah.

Laman Web:

Tiket:

  • Pakej mendaki gunung bermula daripada RM1,530. Sila semak laman web untuk harga semasa.

23. Merentas hutan Lembangan Maliau

Lembangan Maliau merupakan satu kawasan hutan belantara yang sangat eksotik di Sabah kerana sehingga kini ianya tidak pernah dijelajah 100%. Lembagan Maliau dikelilingi oleh formasi cerunam yang mengelilingi satu kawasan yang bersaiz 588 kilometer persegi.

Di dalamnya ada satu ekosistem yang unik tidak terdapat di mana-mana. Oleh kerana itu, ianya digelar ‘Dunia Sesat Maliau’ kerana tidak ada rekod tentangnya sehinggalah tahun 1947 apabila sebuah kapal terbang melintasi laluan udara di sini.

Tiada satu pun rekod penempatan manusia di sini dan sehingga hari ini, dipercayai bahawa kebayakan flora dan faunanya masih belum ditemui. Merentas hutan Lembangan Maliau sangat mencabar dan memerlukan badan cergas dengan mental kuat.

Merentas hutan di sini mengambil masa beberapa hari dan memerlukan pengunjung menempah pakej dari pengendali bertauliah untuk pergi ke sini.

Alamat:

  • Maliau Basin, Sabah.

Laman Web:

Tiket:

  • Pakej mendaki gunung bermula daripada RM2,900. Sila semak laman web untuk harga semasa.

24. Paragliding Bukit Kokol

Dari aktivi di darat beralih pula ke udara, iatu aktiviti paragliding yang menjadi sangat popular baru – baru ini. Lokasinya di Bukit Kokol, cuma 16 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu.

Ini bukanlah satu aktiviti untuk orang biasa sahaja, berterbangan di udara tanpa jaringan penyelamantan sangat mencabar fikiran dan minda. Aktiviti ini dilakukan secara tandem, oleh itu, seorang jurupandu akan membawa peserta terbang di udara.

Titik permulaan terbang ialah dari puncak Bukit Kokol setinggi 780 meter.  Dari situ, tempat mendarat adalah kira-kira 6 kilometer. Pemandanganya indah seperti seekor burung berterbangan di atas udara. Tempoh aktiviti ini adalah selama 30 minit maksimum bergantung kepada cuaca dan angin.

Walaupun semua langkah-langkah keselamatan telah diambil, apa-apa pun boleh terjadi tetapi sangat menyeronokkan bagi orang yang suka aktiviti lasak dan mencabar.

Alamat:

  • Bukit Kokol, 88450 , Menggatal , Sabah.

Facebook:

Tiket:

  • RM300 ( Warganegara Malaysia).
  • RM400 (Warganegara Asing).

25. Menyelam di Pulau Sipadan

Pulau Sipadan mempunyai reputasi sebagai pusat menyelam bertaraf dunia. Malah, ia kerap kali disenaraikan sebagai antara 3 tempat terbaik menyelam di dunia. Contohnya majalah tersohor dalam talian, scubatravel.co.uk telah memilih Pulau Sipadan sebagai destinasi nombor satu menyelam bagi tahun 2018.

Kemasukan ke Pulau Sipadan dihadkan hanya kepada 120 orang setiap hari untuk mengurangkan gangguan kepada ekosistem pulau itu. Dinding batu karang mencecah 1000 – 2000 meter kedalamanya selepas cuma berjalan 20 meter dari pantai.

Pelbagai spesis seperti penyu laut, jackfish, barracuda dan sebagainya boleh dilihat dengan jelas dalam air yang jernih. Cuma penyelam berpegalaman boleh menyelam tempat-tempat di bawah laut, tetapi ada juga aktiviti snorkeling untuk bukan penyelam.

Walaubagaimanapun, para pelancong tidak dibenarkan bermalam di Pulau Sipadan tetapi banyak pilihan penginapan di pulau-pulau sekelilingnya. Syarikat ‘Sipadan Scuba’ ialah antara yang terbaik perkhidmatanya.

Alamat:

  • Pulau Sipadan, Semporna, Sabah.

Laman Web:

Facebook:

Tiket:

  • RM260 (Untuk penyelam profesional).
  • RM110 (Untuk bukan penyelam).

Kampung – Kampung Budaya Yang Menarik

26. Kampung Budaya Mari-Mari

Negeri Sabah semestinya dikenali dengan adanya lebih daripada 30 suku kaum di situ. Setiapnya unik dan mempunyai tatacara hidup tersendiri. Semestinya pengunjung ke Sabah harus melawat perkampungan suku kaum untuk belajar cara hidup orang di sini.

Satu tempat yang perlu dilawati ialah Kampung Budaya Mari – Mari di Inanam. Aktiviti yang ada di sini adalah seperti memasak, membuat api, menggunakan sumpit dan tarian semuanya dipertunjukkan secara tradisional.

Di sini, suku kaum yang dipertunjukkan adalah orang Murut, Lundayeh, Bajau, Kadazan dan Rungus. Pengalaman yang akan didapati di sini menambahkan lagi pengetahuan budaya lain.

Alamat:

  • Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Laman Web:

Facebook:

Waktu Buka:

  • Terdapat 3 sesi dalam sehari : 9.00 pagi, 1.00 petang, 4.30 petang.

Tiket:

  • Harga tiket bermula daripada RM140. Sila semak laman web untuk harga semasa.

27. Kampung Budaya Monsopiad

Nama Monsopiad diambil sempena seorang pahlawan Kadazan yang terulung hidup 200 tahun dahulu. Kini namanya dijulang tinggi dengan pembukaan pusat budaya Kadazan ini yang ditubuhkan dalam sebuah rumah tradisional orang Kadazan.

Tempat ini dibuka untuk memperkasakan budaya orang Kadazan agar tidak ditelan zaman terutamanya di kalangan orang muda Kadazan yang kian lupa identiti mereka. Di dalamnya pelbagai barangan tradisional termasuk tengkorak musuh yang diburu.

Para pelancong  dari dalam dan luar negara datang ke sini untuk menyertai aktiviti seperti pertunjukkan tarian, kelas memasak, aktiviti mengenali peralatan tradisional Kadazan dan sebagainya.

Selain itu,ada juga aktiviti mengambil gambar dengan pakaian tradisional orang Kadazan. Lokasinya amat mudah dicapai, cuma 16 kilometer dari pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Alamat:

  • Kampung Kuai Kandazon, P.O. Box 740 , 89507 Penampang.

Telefon:

  • 088-734657.

E-mail:

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 petang.

Tiket:

28. Kampung Budaya Linangkit

Kampung Budaya Linangkit pula menumpukan kepada suku kaum orang Lotud di Sabah. Orang Lotud adalah antara budaya etnik minoriti yang berjumlah kurang daripada 10,000 orang sahaja. Di sini, para pengunjung akan belajar mengenai cara hidup dan budaya mereka.

Perbezaan rumah panjang orang Lotud dan yang lain ialah ada banyak koleksi barangan antik yang dikumpulkan. Selain itu, satu rumah panjang didiami oleh satu keluarga sahaja tidak seperti suku kaum lain. Banyak kegiatan luar dianjurkan di sini seperti memancing, memetik ubi, menyediakan sajian orang Lotud dan membuat barangan kraftangan semuanya secara tradisional.

Satu kegiatan yang harus dicuba di sini ialah makan buah pinang tempatan dan merokok daun sirih tradisional mereka. Tempat ini terletak kira – kira satu jam dari bandaraya Kota Kinabalu.

Alamat:

  • Kg. Selupoh, Tuaran, 89208 Tuaran.

Telefon:

  • 016-850 9635.

Facebook:

Tiket:

29. Kampung Budaya Borneo

Satu lagi kampung budaya di Sabah ialah Kampung Budaya Borneo yang memaparkan 7 budaya berlainan yang khasnya berasal dari bahagian Papar. Budaya-budaya tersebut dipertunjukkan dalam 7 buah rumah bertemakan setiap budaya iatu rumah tradisional Papar, rumah tradisional Brunei, rumah tradisional Cina, rumah Murut, rumah Bajau, rumah Kadazan dan rumah Tidung.

Menang menarik melihat rekabentuk unik setiap rumah binaan di sini. Di sini, para pengunjung boleh belajar mengenai alatan tradisional, cara memasak dan juga belajar menari tarian-tarian yang ada.

Selepas melihat semua yang ada di sini, sesi makan tengahari makanan tradisional turut disediakan. Untuk melihat semua tarikan di sini mengambil masa kira-kira 6 jam keselurahanya. Kampung budaya ini memang berbaloi untuk dilawati.

Alamat:

  • Kg. Manggis Papar Lama, Kota Kinabalu.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 petang.

Tiket:

30. Rumah Panjang Rungus

Satu lagi suku kaum di Sabah ialah orang Rungus. Populasi mereka hanyalah berjumlah 60,000 orang. Rumah panjang Rungus ini kecil sahaja tetapi penuh dengan aktiviti yang mendedahkan budaya orang Rungus kepada pelosok dunia.

Rumah panjangnya diperbuat daripada buluh yang tahan lasak. Ini merupakan satu kelebihan orang Rungus yang membina rumah mereka menggunakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh di sini. Selain itu, ada juga demonstrasi memasak, sesi mengenalkan peralatan tradisional dan juga aktiviti mengumpul madu yang merupakan salah satu kegiatan ekonomi mereka.

Makananya pun sangat segar dengan menggunakan bahan-bahan dari taman sekeliling. Untuk pergi ke rumah panjang Rungus, pengunjung boleh menempah daripada pengendali pelancongan bertauliah untuk memudahkan pengurusan pergi ke sini. Rumah panjang ini terletak kira-kira 100 kilometer dari bandaraya Kota Kinabalu.

Alamat:

  • Kg. Bavanggazo Rungus Longhouse, 89050 Kudat.

Laman Web:

Tiket:

  • Harga masuk bermula daripada RM370 .Sila rujuk laman web untuk harga semasa.

Kesimpulan

Sabah mempunyai daya tarikanya tersendiri yang berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Seperti yang dilihat di senarai ini, tarikan semulajadinya tidak ada tandingan.

Dua puncak tertinggi di Malaysia iatu Gunung Kinabalu dan Gunung Trus Madi ada di sini. Tempat menyelam tersohor di dunia iatu Pulau Sipadan dan Pulau Layang-Layang menjadi pilihan semua penyelam antarabangsa.

Apatah lagi tempat tanah tinggi seperti Ranau dan Tambunan mempunyai suhu yang selesa. Tambahan lagi, ada flora yang hanya wujud di Sabah seperti bunga Rafflesia dan periuk kera karnivor Nepenthes Rajah. Pulau-pulau yang indah dan menakjubkan setaraf dengan negara Fiji atau Maldives ada di sekitar lautanya.

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Sabah untuk semua pengunjung. Pelbagai kemudahan penginapan, pakej pelancongan untuk semua bajet dan kesesuaian ada disediakan.

Kebanyakan penerbangan ke sini mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu tetapi penerbangan sambungan ke bandar-bandar lain seperti Kudat, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu ada setiap hari.

Tambahan pula, penerbangan luar negara seperti dari Singapura, Korea, Jepun dan Cina terbang terus ke Kota Kinabalu.

Add Comment