Tempat Menarik Di Mersing: 20 Tempat Yang Harus Dikunjungi

Tempat Menarik Di Mersing – Daerah Mersing di Johor semestinya menggambarkan suasana pantai yang indah-indah belaka. Daerah ini mempunyai saiz kawasan ketiga terbesar di antara daerah-daerah di negeri Johor dan memiliki antara khazanah-khazanah alam terbaik. Di bahagian lautnya, ada beberapa pulau terkemuka seperti Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan sebagainya yang menjadi tumpuan para pelancong. Di bahagian pedalamnya, ada hutan simpan yang diwartakan seperti Hutan Lipur Gunung Belumut dan Hutan Lipur Gunung Arong yang kerap kali dijadikan perhentian untuk berekreasi.

Bandar utamanya iatu Bandar Mersing pun tidak kurang menariknya yang cukup dilawati dalam masa sehari. Kesemua tempat menarik di Mersing sememangnya harus ada dalam senarai percutian ke Johor. Tambahan lagi, ada pelan untuk memajukan industri pelancongan eko yang akan dilihat hasilnya dalam masa beberapa tahun lagi.

Tempat Menarik di Mersing

Tempat Menarik Di Mersing

1. Pulau Rawa

Pulau Rawa ialah sebuah pulau yang kecil tetapi yang paling popular antara semua kepulauan di Johor. Resort yang disyorkan di sini ialah Rawa Island Resort. Para pengunjung boleh melakukan aktiviti seperti bersnorkel, berkayak dan sebagainya. Satu tarikan di sini yang tidak terdapat di pulau lain ialah sebuah gelongsor yang membawa orang menaikinya terjun terus ke dalam laut. Gelongsor ini sangat popular di kalangan para pelancong terutamanya kanak-kanak. Pulau ini kecil, berjalan kaki dari satu hujung ke hujung yang lain mengambil masa kurang 30 minit.

Alamat:

  • Rawa Island, 86800 Mersing, Johor

Facebook:

Harga semalam:

2. Pulau Sibu Besar

Kalau bajet menjadi persoalan utama, percutian ke Pulau Sibu Besar adalah jawapannya kerana terdapat pelbagai jenis penginapan pada harga berpatutan di sini. Ada 8 resort dan hotel beroperasi di sini yang boleh dipilih. Ianya juga adalah antara pulau terdekat dengan darat dengan perjalanan selama 20 minit sahaja. Pelbagai aktiviti laut ditawarkan seperti berkayak, barbeku, mandi-manda di lautan. Malah bilik mesyuarat untuk kegunaan harian pun ada. Walaupun harga hotel rendah, kualiti penginapan hotel di sini mempunyai taraf kemudahan yang baik.

Alamat:

  • Pulau Sibu Besar, Mersing, Johor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

Harga semalam:

  • Bermalam di sini ini bermula daripada RM200. Sila rujuk laman web agregator seperti agoda.com untuk harga terkini

3. Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terletak paling jauh sekali dari daratan daerah Mersing. Dari jauh pulau ini kelihatan seperti sebuah pulau dalam cerita Robinson Crusoe. Bentuk muka buminya berbatu. Salah satu formasinya dipanggil Batu Nenek Buau. Jumlah penghuni pulau kecil, ada satu sahaja kampung di sini yang bernama Kampung Buau. Satu kawasan tersembunyi di sini ialah tapak karam sebuah kapal yang bernama Lanchang Kuning. Dari atas permukaan air, boleh dilihat corong asap kapal dalam bentuk asalnya. Ada satu sahaja penginapan di sini iatu Lanting Beach Resort.

Alamat:

  • Pulau Pemanggil, Johor , Malaysia

Harga semalam:

4. Pulau Besar

Pulau ini pada permulaanya mempunyai nama yang hodoh tetapi telah ditukar untuk menaikkan imejnya sebagai pulau peranginan tersohor di Mersing. Pulau ini didiami oleh penduduk tempatan sejak dahulu lagi dengan adanya 6 kampung yang terdapat di dalamnya. Pulau ini diliputi hutan belantara tebal yang berbukit-bukau yang mempunyai puncak paling tinggi pada 258 meter. Perairan di sekeliling pula telah diwartakan sebagai taman laut yang terpelihara. Terdapat beberapa hotel penginapan di sini yang menawarkan aktiviti-aktiviti lautan yang menarik seperti menyelam, berkayak, barbeku dan sebagainya. Penginapan boleh dipilih daripada Jeti Mersing.

Alamat:

  • Jeti Mersing, Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil, 86800 Mersing

Waktu Buka:

  • Isnin-Jumaat (5.00petang-12.00tengah malam)

Tiket:

  • RM90 (Pergi-Balik Dewasa)
  • RM70 (Pergi-Balik Kanak-Kanak)

5. Pulau Tinggi

Perjalanan dengan bot dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Tinggi mengambil masa kira-kira 30 minit. Namanya didapati kerana dahulunya pulau ini ialah sebuah gunung berapi dan hari ini, ianya sebuah bukit setinggi 600 meter dari aras laut. Antara semua pulau, ianya mempunyai penduduk tertinggi di pesisir pantai timur Johor yang berjumlah kira-kira 600 orang. Pulau Tinggi kerap dikunjungi oleh pelancong yang menginginkan percutian bersantai. Terdapat beberapa penginapan yang boleh dipilih di sini. Pulau ini dikelilingi dengan terumbu karang berwarna-warni dengan pelbagai spesis kehidupan laut seperti penyu.

Alamat:

  • Jeti Mersing, Jalan Abu Bakar, Mersing Kechil, 86800 Mersing

Waktu Buka:

  • Isnin-Jumaat (5.00petang-12.00tengah malam)

Tiket:

  • RM90 (Pergi-Balik Dewasa)
  • RM70 (Pergi-Balik Kanak-Kanak)

6. Pantai Air Papan

Pantai Air Papan terkenal dengan aktiviti memancing dan hotel penginapan tiga bintang dan program ‘homestay’ yang ditawarkan pada harga berpatutan. Pantai ini dikunjungi ramai kerana ada kemudahan yang disediakan seperti tempat letak kereta, gerai-gerai dan lain-lain cukup untuk sekeluarga meluangkan masa bersama-sama tanpa perlu berbelanja banyak. Tetapi pemandangannya cantik dan berbaloi dengan apa yang dibayar. Aktiviti lautnya tidaklah sesibuk mana, ada aktiviti menyelam dan bermandi-manda sahaja. Kebanyakan orang yang datang sini adalah orang tempatan, berbanding dengan pantai-pantai lain yang menarik pelancong antarabangsa. Tempat ini sangat sesuai kalau ingin mendekati kehidupan kawasan kampung yang perlahan tanpa kesibukan kotaraya.

Alamat:

  • Kampung Air Merah, 86800 Mersing, Johor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

7. Pantai Tanjung Leman

Sebelum sampai ke Jeti Tanjung Leman, bolehlah singgah sebentar di Pantai Tanjung Leman untuk menikmati kesegaran laut sebelum bertolak ke pulau-pulau berdekatan. Dari pantai, ada pemandangan laut dan pulau-pulau di seberangnya. Pada waktu senja, pemandangan matahari terbenam sangat cantik dan wajib diambil gambar-gambar. Sebenarnya, jika tidak suka menaiki mana-mana kenderaan bot ke pulau bolehlah mempertimbangkan untuk bermalam di Pantai Tanjung Leman kerana ada beberapa penginapan disediakan di sepanjang pantai ini. Hotel paling popular di situ ialah ‘Felda Residence Tanjung Leman’ yang amat popular. Pada hari bekerja, pantai ini tidak sibuk dan para pengunjung ada mempunyai lebih banyak privasi.

Alamat:

  • 83030 Mersing, Johor, 86810, Johor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

8. Pantai Penyabung

Baru-baru ini Pantai Penyabong di Endau telah dinaiktarafkan untuk dijadikan sebagai destinasi pantai di Mersing. Kini, ianya menjadi semakin dikunjungi para pelancong dengan adanya disediakan pelbagai kemudahan seperti restoran-restoran, tempat letak kereta, tandas awam dan sebagainya. Pemandangan ke laut boleh dilihat pulau-pulau kecil yang menghadap pantai ini seperti Pulau Pelanduk dan Pulau Ayam. Satu ciri pantai ini ialah adanya sebuah jeti yang menghadap ke arah laut. Jeti ini menjadi tempat berlabuh para nelayan membawa tangkapan laut harian. Manakala, untuk kaki pancing pastinya akan suka memancing di atas jeti kerana air di bawahnya penuh dengan tangkapan laut menanti joran-joran pancing.

Alamat:

  • Taman Bahagia, 86900 Endau, Johor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

9. Muzium Mersing

Muzium Mersing ialah sebuah muzium yang baru sahaja dibuka pada tahun 2016. Muzium ini ditubuhkan sebagai memperkenalkan sejarah penubuhan Mersing kepada orang ramai. Pembentukan Mersing berkait rapat dengan kerabat diraja, oleh itu, ada banyak pameran diraja boleh dilihat di sini. Antara pameran-pameran yang ada adalah seperti senjata tradisional, artifak-artifak dari Perang Dunia Ke-2, perkakas bertani lama, permainan tradisional lama dan sebagainya. Bangunannya pun bersejarah apabila ianya dibina pada tahun 1920-an dan kini diduduki muzium ini. Saiz bangunan agak kecil tetapi padat dengan informasi yang pasti menarik perhatian terutamanya peminat-peminat sejarah tempatan.

Alamat:

  • 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Facebook:

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-4.45petang (Sabtu-Khamis)
  • Tutup (Jumaat)

Tiket:

  • Percuma

10. Masjid Jamek Mersing

Masjid Jamek Mersing dibuka kepada orang ramai pada tahun 1956. Apa yang menarik tentang masjid ini ialah rekabentuknya yang dipengaruhi seni bina Afrika Selatan. Kebanyakan masjid di Malaysia ada pengaruh Arab dan Melayu tetapi masjid ini istimewa. Bahagian bumbungnya rata dihiasi dengan sebuah kubah besar kehijauan. Pada waktu malam, bahagian bawah kubah akan dinyalakan dengan cahaya lampu memberi efek pemandangan dramatik. Ada dua buah anjung dan sebuah menara dibina bercantum di sisi bangunan. Lokasi masjid terletak di atas bukit dengan pemandangan laut. Para pengunjung boleh berada di perkarangan masjid untuk menikmati pemandangannya sambil melihat matahari terbenam.

Alamat:

  • Jalan Masjid, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

11. Dataran Mersing

Apabila berada di bandar Mersing, haruslah melawati tempat menarik di sini. Dataran Mersing ialah sebuah taman kecil yang menghadap Laut China Selatan. Taman ini dibarisi pokok-pokok ru yang redup, dengan taman yang sedap dipandang. Satu tarikan utama di sini yang harus diambil gambar untuk menandakan para pengunjung sudah berada di Mersing ialah tugu replika mahkota diraja gergasi. Mahkota dihiasi dengan tabik kepada raja ‘Daulat Tuanku’. Replika mahkota ini disokong oleh empat pedang gergasi sebagai tiang sokongannya. Pada waktu malam, tugu ini dihiasi dengan cahaya lampu-lampu pelbagai warna. Untuk menaikkan seri tugu ini, sebuah air pancutan dibina dibawahnya.

Alamat:

  • Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing, Johor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

12. Dataran Kembara

Di seberang jalan pula ada juga sebuah taman kecil yang dibarisi dengan pokok-pokok ru yang cantik. Dataran Kembara boleh dicapai dengan berjalan kaki sahaja dari Dataran Mersing. Di sini ada sebuah papan tanda dengan perkataan ‘Dataran Kembara’, sebuah taman permainan kanak-kanak dan tempat letak kereta. Kadang-kadang ada aktiviti perbandaran diadakan di sini seperti pertunjukan layang-layang berwarna warni kerana angin di sini kencang. Selain itu, ada juga beberapa gerai makanan tempatan di sekeliling jika ingin makan sesuatu sambil menikmati bayu laut. Dataran ini sesuai untuk duduk berehat sambil berbual-bual dengan orang yang disayangi sambil melihat matahari terbenam sebelum balik ke rumah.

Alamat:

  • Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

13. Restoran Ucu Selera Kita

Makanan masakan Mersing dikenali kerana bahan utamanya iatu makanan laut boleh didapati segar setiap hari. Restoran ini menjual masakan tradisional tempatan gaya Melayu. Jenis-jenis juadah yang ada seperti keli goreng, ulam-ulaman, budu, cencaluk, kerang dan sebagainya. Setiap hari pasti ada ramai orang datang ke sini terutamanya pada waktu tengahari. Restoran ini boleh memuatkan 200 orang pada suatu masa. Tetapi, pada waktu cuti sekolah dan pada hujung minggu, para pengunjung terpaksa menunggu giliran untuk makan sementara menunggu meja kosong. Restoran ini sangat popular di kalangan orang tempatan dan pelancong, malah ianya telah diketengahkan dalam laman web rasmi pelancongan Johor.

Alamat:

  • Jalan Makam, 86800 Mersing, Johor

Waktu Buka:

  • 8.30pagi-4.30petang (Isnin-Ahad)

14. Baek Cafe Bistro

Selepas puas makan makanan gaya tempatan, bolehlah datang ke sini untuk mencuba makanan barat yang sedap. Makanan-makanan barat klasik gaya Malaysia seperti burger, ‘chicken chop’, ayam goreng, bebola daging dan sebagainya menjadi pilihan. Selepas makan, bolehlah mencuba pencuci mulut mereka iatu ‘banana split’ istimewa. Suasana restoran berpadanan dengan gaya minimalistik dicahayai lampu-lampu lembut. Tambahan lagi, lokasinya di tengah-tengah kawasan kampung menambah keunikan pengalaman makan. Restoran ini biasanya dikunjungi orang-orang muda tempatan yang suka makan makanan barat dan yang suka mencuba sesuatu lain daripada yang lain. Harga dalam menu pun berpatutan tidak membebankan poket.

Alamat:

  • Lot 408, Kampung Benaong, 86800 Mersing, Johor

Facebook:

Waktu Buka:

  • 6.00petang-12.00tengahari (Isnin-Sabtu)
  • Tutup (Ahad)

15. Restoran Syed Ali

Restoran gaya masakan mamak sememangnya amat popular. Kalau berada di bandar Mersing, Restoran Syed Ali ialah restoran yang perlu dikunjungi untuk mendapatkan roti canai, thosai, nasi goreng mamak dan sebagainya. Resepi kari yang ada dikatakan yang tersedap di Mersing. Manakala, minuman klasik seperti teh tarik, teh halia, kopi o dan sebagainya disajikan. Restoran ini terletak berdekatan dengan jeti Mersing, amat sesuai untuk singgah ke sini sebelum bertolak ke pulau percutian. Satu keistimewaan di sini ialah makanan berasaskan produk lautan haruslah dicuba kerana bahan-bahannya segar berbanding dengan restoran-restoran mamak biasa selalunya menggunakan bahan-bahan makanan laut yang dinyahbekukan.

Alamat:

  • Jalan Dato Mohd Ali, Mersing Kechil, 86800 Mersing

Waktu Buka:

  • 24 Jam

16. Resort Fishing Bay

Kalau masih lagi mencari-cari sebuah hotel penginapan berdekatan dengan Mersing, bolehlah mempertimbangkan Resort Fishing Bay. Kemudahan-kemudahan hotel seperti kemudahan karaoke, bilik perbincangan, kolam renang, kemudahan berkanu dan sebagainya disediakan. Kawasan hotel dikelilingi pantai dan hutan yang menghijau amat sesuai untuk melarikan diri seketika daripada kehidupan kota. Kalau bernasib baik, ada burung-burung tempatan seperti burung enggang akan terbang ke hadapan bilik. Ada beberapa jenis bilik penginapan bergantung kepada kemahuan para penginap. Harga bilik berpatutan kurang daripada RM200 semalam.

Alamat:

  • 525 Teluk Buih Air Papan, 86800 Kampung Kayu Papan

Laman Web:

Facebook:

Harga semalam:

  • Harga semalam bermula daripada RM200. Sila semak laman web agregator seperti agoda.com untuk harga semasa

17. Pasar Basah Mersing

Sebelum balik ke rumah, bolehlah singgah di Pasar Besar Mersing untuk membeli produk tempatan. Seperti yang dijangka, produk lautan seperti ikan, sotong, kerang, udang dan sebagainya ada dijual di sini. Selain itu, produk pertanian seperti pelbagai jenis sayur-sayuran turut dijual di sini. Pengalaman berada di pasar basah ini tidak seperti di pasar basah lain kerana saiznya kecil sahaja. Pengalaman membeli-belah di sini cukup cukup sahaja selama 1 jam. Masa terbaik ialah pada waktu pagi apabila bekalan produk laut segar dibawa masuk. Melihat gelagat mereka pun ialah satu tarikan. Selepas membeli-belah makanan segar, bolehlah pergi ke kawasan sekitarnya untuk makan-makan.

Alamat:

  • Kampung Bahagia, 86800 Mersing, Johor

Waktu Buka:

  • 6.00pagi-6.00petang (Isnin-Ahad)

18. Hutan Lipur Gunung Arong

Hutan Lipur Gunung Arong terletak cuma 40 minit dari bandar Mersing. Lokasi gunung ini menarik kerana di puncak tertinggi 273 meter, para pengunjung boleh melihat pemandangan Laut China Selatan dengan pemandangan pulau-pulau seperti Pulau Tioman dan pulau pulau lain di sekelilingnya. Pendakian tidaklah terlalu mencabar, cuma mengambil masa selama 2 jam. Tambahan lagi, ada kemudahan seperti anjung tinjau dan penanda denai untuk memudahkan para pendaki. Para pengunjung boleh memilih untuk pergi pada waktu pagi atau petang. Pada waktu petang, ada kesempatan melihat matahari terbenam. Pendakian ke atas gunung memerlukan permit.

Alamat:

  • Gunung Arong Recreational Forest, 86900, Johor

Telefon:

  • +607-7995352

Tiket:

  • RM10. Sila telefon sebelum mendaki untuk mendapatkan permit

19. Hutan Lipur Gunung Belumut

Hutan Lipur Gunung Belumut terletak di antara daerah Mersing dan Kluang. Nama Gunung Belumut mendapat namanya kerana ada banyak batu berlumut dan licin dijumpai di kawasannya. Gunung Belumut ialah gunung ketiga tertinggi di Johor selepas Gunung Ledang dan Gunung Besar. Untuk naik ke puncaknya mengambil masa kira-kira 6 jam bergantung kepada kecergasan fizikal. Terdapat tempat berkhemah yang dinamakan sebagai ‘Crown Rock’ yang terletak 30 minit daripada puncak gunung. Di kawasan kaki gunung ada sungai jernih mengalir yang menjadi kegemaran pengunjung.

Alamat:

  • Gunung Belumut Recreational Forest, Kulai, Johor

Waktu Buka:

  • 8.00pagi-6.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • RM2 (Warganegara Malaysia Dewasa)
  • RM5 (Warganegara Asing Dewasa)
  • RM1 (Warganegara Malaysia Kanak-Kanak)
  • RM2 (Warganegara Asing Kanak-Kanak)

20. Taman Negara Endau Rompin

Taman Negara Endau Rompin ialah sebuah kawasan hutan hujan tropika antara yang tertua di dunia yang sudah berumur 248 juta tahun dan kawasan hutan simpan yang kedua terbesar di negara Malaysia. Seperti hutan-hutan tropika utama, terdapat pelbagai spesis flora dan fauna ada didapati di sini. Satu lagi keistimewaan di sini ialah adanya perkampungan orang asli puak Jakun. Setelah bertahun menetap, mereka pandai berburu, menangkap ikan dan menanam makanan secara tradisional. Cara yang paling mudah ialah menggunakan perkidmatan jurupandu pelancongan peribadi yang akan dipaparkan di bawah.

Alamat:

  • Taman Negara Endau Rompin, Mersing, Johor

Facebook:

Tiket:

Kesimpulannya

Mungkin Mersing tidak pernah terlintas dalam pemikiran sebagai destinasi utama untuk dilawati, tetapi selepas membaca senarai ini, bolehlah membuat mempertimbangkan Mersing sebagai destinasi seterusnya untuk pelan pelancongan selepas ini. Pulau-pulau pelancongan yang terkenal dan dimajukan baik seperti Pulau Besar, Pulau Rawa dan Pulau Sibu wajar dilawati. Laut China Selatan yang biru dengan pantai-pantai yang putih dengan pulau-pulau ditumbuhi hutan hujan tropika tebal. Di kawasan pedalaman pula, terdapat tarikan hutan hujan terpelihara dengan baik seperti Gunung Belumut. Mersing terletak cuma 2 jam 30 minit daripada Singapura, dan cuma 4 jam dari Kuala Lumpur menggunakan jaringan lebuhraya yang menghubungkannya. Ianya boleh dicapai menggunakan kenderaan persendirian, bas atau teksi. Pengembaraan ke tempat-tempat menarik di Mersing amat mudah dengan lokasinya yang berdekatan dengan banyak bandar utama.

Add Comment