Tempat Menarik di Malaysia: 39 Tempat Yang Harus Dikunjungi

Tempat Menarik di Malaysia – Negara Malaysia merupakan sebuah negara di Asia Tenggara yang terdiri daripada dua belah geografinya, iatu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo yang terdiri daripada negeri Sabah dan Sarawak.

Negara ini luas, iatu 330,803 kilometer persegi yang menjadikannya negara ke-66 terluas di dunia. Malah, komposisi penduduknya juga terdiri daripada pelbagai lapisan kaum iatu Melayu, Cina, India, peribumi Sabah dan Sarawak, Eurasians dan lain-lain lagi.

Oleh itu, tidak hairanlan terdapat banyak tempat-tempat menarik di Malaysia kerana kepelbagaian semulajadi dan budaya orang di sini. Untuk menjelajah negara ini, memang memerlukan banyak masa.

Dari kesibukan ibu negaranya, Kuala Lumpur yang menawarkan kehidupan rancak metropolitan 24 jam ke pulau pelancongan seperti Pulau Langkawi yang menawarkan pantai yang indah, resort yang cantik dan makanan laut yang segar ,memang ada pilihan untuk pelancong-pelancong yang datang ke sini.

Tempat Menarik di Malaysia

 

Tempat-Tempat Menarik di Malaysia

Ada pelbagai jenis bajet dari perbelanjaan mewah ke perbelanjaan berpatutan yang boleh dinikmati pelbagai lapisan pelancong. Oleh itu, marilah kita lihat top 3 tempat-tempat di setiap 13 negeri di Malaysia yang berbaloi untuk dilawati.

Top 3 Tempat Menarik di Pulau Pinang

1. Bandar Georgetown, Pulau Pinang

Bandar Georgetown telah diiktiraf sebagai tapak warisan Unesco pada tahun 2008. Sejarah bandar in bermula apabila Francis Light datang untuk memulakan hubungan perdagangan pada tahun 1770-an.

Dari situ, percampuran pelbagai budaya membentuk bandar ini yang merupakan pusat pencekangan budaya Islam, Cina, India dan Eropah. Ini boleh dilihat dengan wujudnya masjid, gereja, kuil Cina dan Hindu di bandar ini.

Terdapat pelbagai muzium, aktiviti kesenian jalanan, pertunjukkan budaya di sekitar bandar ini. Malah, tidak perlu untuk memandu kerana semuanya boleh dilawati dengan berjalan kaki seharian. Tambahan lagi, Pulau Pinang dikatakan syurga makanan Malaysia di mana semua orang boleh makan dengan harga murah dan sedap.

Alamat:

  • (Titik cadangan permulaan menjelajah) George Town World Heritage Inc, 116 Lebuh Acheh, 10200 George Town, Pulau Pinang.

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat), Tutup (Sabtu-Ahad).

Tiket:

  • Percuma.

2. Pantai Batu Ferringhi

Pantai Baru Ferringi terletak di utara Pulau Pinang. Ia merupakan pusat pelancongan tepi laut paling membangun di Malaysia. Semua jenis penginapan yang murah sehingga hotel 5 bintang terdapat di jalur pelancongan ini.

Terdapat banyak aktiviti beriadah seperti parasailing, bot pisang dan jet ski. Selepas seharian bermain di pantai, boleh diteruskan lagi dengan kehidupan malamnya meriah dengan pasar malam yang dibuka di sepanjang jalan.

Alamat:

  • Jalan Feringghi, 11200 Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Waktu Buka:

  • 24 jam.

Tiket:

  • Percuma.

3. Feri Pulau Pinang

Feri Pulau Pinang sangat simbolik bukan sahaja di Pulau Pinang malah seluruh Malaysia kerana pemandangan perjalanannya yang indah. Sebenarnya, feri ini sudah pun beroperasi sejak tahun 1894 lagi.

Pengembaraan ke Pulau Pinang tidak lengkap jika tidak menaiki feri apalagi pada waktu malam ketika cahaya kota Georgetown menyinari pemandangan ufuk nan jauh. Desiran bayu laut yang sejuk menyentuh tubuh menambah lagi memori indah di Pulau Pinang.

Alamat Menghala Pulau Pinang:

  • Pengkalan Sultan Abdul Halim Butterworth , 12000 Butterworth, Pulau Pinang.

Telefon:

  • 04-3102 377.

Alamat Menghala Seberang Prai :

Pengkalan Raja Uda , 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Telefon:

  • 04-2102 363.

Waktu Buka:

  • 5.20 pagi – 12.00 tengah malam (Butterworth – Georgetown).
  • 5.40 pagi – 12.40 tengah malam (Georgetown – Butterworth).

Tiket:

  • RM1.20 (Dewasa).
  • RM0.60 (Kanak-kanak).

Top 3 Tempat Menarik di Selangor

1. Batu Caves, Selangor

Batu Caves ialah sebuah kompleks kuil yang terdiri daripada 3 gua utama iatu Gua Kuil, Gua Galeri Seni dan Gua Muzium. Tempat ini dikunjungi ribuan penganut agama Hindu untuk keupacaraan agama tetapi juga dikunjungi pelancong-pelancong dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pada hari perayaan Thaipusam ianya menyaksikan lebih satu juta penganut agama Hindu dari seluruh pelosok dunia. Di sini, sebuah patung Dewa Muruga telah dibina setinggi 42 meter yang merupakan tarikan utama tempat ini. Untuk naik ke puncak gua pula, pengunjung perlu menaiki 272 anak tangga.

Malah, flora dan fauna di sini juga adalah tarikan pelancong dengan pelbagai jenis haiwan seperti lelabah liphistiidae, kelawar buah, monyet dan sebagainya.

Alamat:

  • Kompleks Kuil Batu Caves , Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.

Waktu Buka:

  • 6 pagi – 9 malam (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • Percuma untuk ke kuil utama.

2. Kompleks Pelancongan Kelip

Kompleks pelancongan ini terletak kira-kira sejam perjalanan dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pengalaman melihat kelip-kelip ini adalah sekali seumur hidup kerana ianya adalah antara yang terbesar di dunia.

Keindahan ini boleh dilihat pada waktu malam sahaja, apabila ribuan kelip-kelip keluar untuk menyuap cecair getah pokok berembang .Para pengunjung akan dibawa menaiki sampan secara tradisional tanpa enjin supaya tidak menganggu persekitaran kelip-kelip.

Alamat:

  • Kompleks Pelancongan Kelip-Kelip ,Kampung Kuantan, 45000 Batang Berjuntai, Selangor.

Waktu Buka:

  • 7.30 malam – 10.30 malam (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM53 (4 orang penumpang).

3. Cermin Laut ( Sky Mirror), Sekinchan

Cermin Laut Sekinchan, (Sky Mirror) ialah salah satu tarikan pelancong yang baru di Selangor dan kini semakin popular. Fenomena alam di sini ialah pembentukan pulau semulajadi semasa pasang surut air pada hari-hari tertentu mengikut kalendar Cina iatu pada hari 1,2,14,15,16 dan 30.

Apabila terbentuknya permukaan tanah yang basah, ia memantul imej yang sebati dengan langit yang biru. Ramai pengunjung suka mengambil gambar yang boleh dimuatnaik ke laman sosial seperti Instagram.

Alamat:

  • Jeti Pekan Lama Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor , Selangor.

Telefon:

  • 019-380 9722.

Waktu Buka:

  • 6.30 pagi – 1.00 petang (Bergantung kepada musim air surut).

Tiket:

  • RM80 (Telefon dahulu untuk tempahan).

Top 3 Tempat Menarik di Johor

1. Taman Tema Legoland , Johor

Legoland Johor adalah taman tema antarabangsa Legoland pertama Malaysia dan di benua Asia pada tahun 2012. Legoland memang seronok bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak mereka.

Ada permainan air, bangunan ikonik bersaiz mini , restoran dan hotel yang berkonsepkan bongkah Lego sebagai rekabentuk utama. Saiz kawasannya 76 ekar mempunyai 20 jenis tunggangan untuk semua lapisan pengunjung.

Alamat:

  • 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor.

Waktu Buka:

  • 10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad).

Harga tiket bermula daripada:

2. Tanjung Piai

Tanjung Piai terletak bersempadan dengan Singapura dipisahkan oleh Selat Tebrau. Dari sudut Malaysia, para pelawat boleh melihat kotaraya Singapura di seberang selatan.

Keunikan tempat ini ialah lokasinya yang terletak di bahagian terselatan benua Asia. Sebuah mercu tanda yang dibina pada tahun 2001 untuk memperingatinya. Taman negara ini mempunyai 526 hektar hutan bakau dan 400 hektar pantai berlumpur.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada pengunjung-pengunjung seperti jalan pelantar, platform memancing, kawasan perkelahan, menara pemerhatian dan lain-lain. Untuk yang meminat melihat penghijrahan burung, anda dinasihatkan datang ke sini antara September ke Mac ketika musimnya.

Alamat:

  • 82030 Mukim Serkat Pontian, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.

Telefon:

  • 07 – 696 9712.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 petang (Selasa – Ahad).

Tiket:

  • RM5 (Warganegara Malaysia).
  • RM10 (Warganegara asing).

3. Kedai Outlet Premium Johor

Untuk yang meminati barangan berjenama pada harga diskaun yang hebat, Kedai Outlet Premium Johor adalah jawapanya. Outlet mewah ini merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Tambahlagi ada 130 kedai untuk dilawati di sini.

Semua peminat barangan berjenama dari seluruh Asia Tenggara datang ke sini kerana harganya yang kompetitif. Selepas membeli-belah ada juga didapati restoran – restoran untuk pengujung yang kelaparan.

Perjalanan ke sini sangat mudah kerana dihubungkan dengan lebuhraya utama dan 10 minit dari Lapangan Terbang Johor. Satu pengalaman beli-belah yang seronok untuk seisi keluarga.

Alamat:

  • Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor.

Telefon:

  • 07-661 8888.

Waktu Buka:

  • 10.00 pagi – 10.00 malam.

Top 3 Tempat Menarik di Melaka

1. Persiaran Jonker

Persiaran Jonker ialah sebuah jalan sepanjang 500 meter di tengah-tengah bandaraya Melaka. Berjalan di sini seolah – olah membawa pengunjung ke masa lampau apabila Melaka adalah sebuah kota perdagangan yang sibuk suatu ketika dahulu.

Kedai – kedai berselang-seli dengan kuil Cina yang berusia beratusan tahun. Di sini , para pelawat boleh membeli buah tangan , makanan-makanan istimewa nyonya Melaka seperti kuih nanas, nyonya laksa , cendol dan sebagainya. Pada hari Sabtu dan Ahad , trafik di sini ditutup untuk mendirikan pasar malam.

Alamat:

  • Persiaran Jonker, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

2. Kota A Famosa

Kota A Famosa merupakan tinggalan Eropah paling tua di Asia Tenggara yang dibina pada tahun 1511. Ia telah menyaksikan Melaka di bawah beberapa jajahan Portugis, Belanda dan Inggeris. Sebenarnya, apa yang wujud hari ini cumalah pintu gerbangnya kerana bangunan asal sudah dimusnahkan.

Tapak kota A Famosa adalah tempat permulaan untuk menerokai kawasan-kawasan bersejarah berdekatannya. Terdapat lebih daripada 10 muzium dan pelbagai bangunan bersejarah seperti Stadthuys dan gereja St Paul di sekelilingnya. Semuanya boleh dijejaki dengan berjalan kaki kurang daripada 10 minit.

Alamat:

  • Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka.

Waktu Buka:

  • Sepanjang hari.

Tiket:

  • Percuma.

3. Pelayaran Sungai Melaka (Melaka River Cruise)

Pelayaran Sungai Melaka atau lebih dikenali sebagai ‘Melaka River Cruise’ adalah satu tarikan pelancong yang amat berbaloi untuk dialami. Perjalanan selama 45 minit berserta dengan komentari rakaman yang menceritakan sejarah asal-usul mercu tanda yang sekelilingnya.

Para pengunjung dinasihatkan untuk pergi pada waktu malam kerana bangunan-bangunan dihiasi dengan cahaya lampu neon berwarna-warni untuk tatapan. Cuaca pada waktu malam juga lebih selesa dan nyaman.

Di sepanjang perjalanan, ada elemen-elemen kesenian, kesejarahan dan kemodenan memberi satu pengalaman istimewa kepada para pelawat.

Alamat:

  • Melaka River Park and Cruise Jetty, Jalan Laksamana, 75000 Melaka.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 11.30 malam (Isnin – Ahad).

Tiket:

Top 3 Tempat Menarik di Sarawak

1. Taman Budaya Sarawak, Kuching

Negeri Sarawak terkenal dengan demografi penduduknya yang berbilang kaum, lebih daripada 40 jenis kaum etnik yang mempunyai bahasa, tatacara dan budaya yang berbeza.

Kalau melancong ke Sarawak, mungkin susah sikit untuk pergi ke kawasan pedalaman untuk menyaksikan sendiri cara hidup mereka. Taman Budaya Sarawak mempamerkan kesenian dan kebudayaan setiap etnik-etnik di Sarawak.

Pengalaman ini unik terutamanya kepada orang-orang dari Semenanjung Malaysia kerana tidak wujud campuran seperti di Borneo Malaysia.

Alamat:

  • Sarawak Cultural Village, Pantai Damai, Santubong, P.O.Box 2632, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Tel:

  • 082-846 108.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM50 (Masuk), RM75 (Masuk + Makanan Tengahari) – Dewas.
  • RM25 (Masuk), RM40 (Masuk + Makanan Tengahari) – Kanak-kanak.

2. Taman Negara Gunung Mulu

Taman Negara Gunung Mulu telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000. Formasi batu kapur karst mempunyai bentuk muka bumi puncak batu tertonjol, tebing tinggi dan gaung.

Ruang laluan gua di sini adalah antara yang terbesar di dunia yang dikatakan boleh menampung 40 kapal terbang Boeing 747. Untuk sampai ke sini, satu-satunya cara ialah untuk terbang dari bandar Miri, Kota Kinabalu dan Kuching.

Pengembaraan di sini memerlukan jurupandu yang membawa bot ke kawasan untuk dilawati. Terdapat pelbagai penginapan di sini, daripada hotel 5 bintang ke kuarter asrama campuran. Kebersihan udaranya terjamin kerana lokasinya terpencil.

Alamat:

  • Gunung Mulu National Park, 98050 Miri, Sarawak.

Waktu Buka:

  • Penerbangan ke Mulu bergantung kepada keadaan cuaca.

Tiket:

  • RM15 (Malaysia dewasa).
  • RM10 (Malaysia kanak-kanak).
  • RM30 (Asing dewasa).
  • RM10 (Asing kanak-kanak).

3. Tebing Sungai Kuching

Di bandaraya Kuching, Tebing Sungai Kuching memang wajib dilawati. Persiaran ini mempunyai kepanjangan kira-kira 1 kilometer. Sepanjang 1 kilometer terdapat pelbagai kedai dan kiosk yang menjual makanan dan buah tangan, restoran, hotel dan juga bangunan bersejarah.

Permulaan persiaran ini agak comel kerana sebuah patung kucing menyambut mesra kedatangan para pengunjung. Di seberang sungai, ada sebuah perkampungan yang ada menjual kek lapis Sarawak yang amat popular di sini. Jangan lupa untuk menaiki bot tambang untuk ke seberang.

Alamat:

  • Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

Top 3 Tempat Menarik di Perak

1. Pulau Pangkor

Pulau Pangkor ialah antara pulau yang tersohor di Selat Melaka kerana ia boleh dikunjungi sepanjang tahun tanpa mengira musim. Lagipun, kedudukan pulau ini adalah cuma 3 jam dari metropolis Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, tiada jalanraya yang menyambungkan pulau ini ke tanah besar. Tetapi, jangan bimbang kerana perkhidmatan feri disediakan. Pulau Pangkor terkenal kerana aktivit pelancongan yang sekian lama dimajukan di sini.

Para pelawat boleh menyewa motorsikal atau basikal untuk pergi sekeliling pulau. Selain daripada tarikan semulajadi di sini, ada wujudnya sebuah kubu Belanda yang dibina pada tahun 1670. Pulau ini kecil, cuma berukuran 18 kilometer persegi, oleh itu mudah untuk dijelajah.

Alamat:

  • Terminal Jeti Lumut, 32200 Lumut, Perak.

Telefon:

  • 604-938 4466.

Waktu Buka:

  • Jeti ke pulau: 7.00 pagi – 8.30 malam.
  • Pulau ke jeti: 6.30 pagi – 8.30 malam.

Tiket:

  • RM5 (Pergi).
  • RM10 (Pergi-balik).

2. Taman Tema Lost World Tambun

Lost World Tambun terletak di Lembah Kinta. Selain daripada komponen taman tema dan penginapan hotel di sini juga ada kolam air panas semulajadi. Pengalaman unik ini hanya boleh dinikmati di sini.

Selepas seharian bermain dengan permainan taman tema, bolehlah rehat merendamkan badan dalam kolam air panas semulajadi.

Selain daripada itu, daya tarikan di sini ialah pemandangan dengan latarbelakang formasi bukit-bukau batu kapur yang berusia jutaan tahun. Taman tema? Kolam air panas? Formasi alam jutaan tahun? Cuma di Taman Tema Lost World Tambun!

Alamat:

  • 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

Tiket:

3. Istana Kellie

Istana Kellie mempunyai kisah yang romantis tetapi menyanyat hati pada masa yang sama. Ia dibina oleh seorang peniaga Inggeris, William Kellie Smith sempena buah hatinya Agnes.

Istana ini dalam pembinaan apabila William meninggal akibat radang paru-paru. Sejak itu, keadaan bangunan kekal tidak siap sehingga sekarang. Ramai mengatakan roh William masih berlegar di perkarangan bangunan mencari buah hatinya.

Alamat:

  • 31000 Batu Gajah, Perak.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat).

Tiket:

  • RM4.00 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM5.00 (Warganegara Asing Dewasa).

Top 3 Tempat Menarik di Kedah

1. Pulau Langkawi

Pulau Langkawi bukan sahaja terkenal di Kedah, malahan seluruh pelosok Malaysia. Semestinya tarikan utama di sini ialah pelbagai pantai-pantai yang cantik dan indah seperti Pantai Tengah dan Pantai Kok.

Ada juga tarikan semulajadi yang lain seperti Air Terjun Telaga Tujuh dan Gunung Raya untuk melihat panorama pulau ini. Selain itu, ada juga tarikan seperti Jambatan Gantung Langkawi, Kereta Kabel Gunung Mat Cincang, Taman Burung dan Hidupan Liar.

Malah, tidak lupa juga bahawa Langkawi ialah sebuah syurga beli-belah kerana statusnya sebagai pulau bebas cukai bermula pada tahun 1987.

Alamat:

  • (Pintu masuk utama ke Langkawi) 15, Kompleks Perniagaan Kelibang, Kuah, 07000 , Langkawi, Kedah.

Waktu Buka:

  • 10 pagi – 10 malam (Isnin-Ahad).

Tiket:

  • RM46 (Pergi-balik dewasa).
  • RM34 (Pergi-balik kanak-kanak).
  • Percuma (3 tahun ke bawah).

2. Lembah Bujang

Lembah Bujang mempunyai peninggalan sejarah kuno yang termasyur di Malaysia. Di sini ada tinggalan lebih daripada 50 candi Hindu kuno dari kurun ke-3 sehingga ke-20 masihi. Usianya sudah masuk kira-kira 2530 tahun.

Di pintu masuk, ada sebuah muzium yang menempatkan artifak-artifak arkeologi seperti seramik, manik dan kaca. Lembah Bujang mempunyai sejarah perdagangan laut antarabangsa pada sebelum kedatangan agama Islam.

Tempat ini adalah untuk mempelajari sejarah kuno Semenanjung Malaysia yang dahulunya berdasarkan budaya, politik dan agama kuno dari peradaban India.

Alamat:

  • Lembah Bujang Archaeological Museum, Merbok, Bedung, 08400 Kedah.

Telefon:

  • 04 457 2005.

Waktu Buka:

  • 9 pagi – 5 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • Percuma.

3. Taman Air Panas Ulu Legong

Taman Air Panas Ulu Legong terletak di daerah Baling, Kedah. Kolam air panas ini terbentuk akibat aktiviti gerakan tektonik bumi mendedahkan sebahagian permukaan bumi dengan cecair lava.

Terdapat 5 tasik yang mempunyai suhu antara 30 – 60 celsius bergantung kepada tolerasi badan pengunjung. Kandungan sulfur yang tinggi dikatakan memberi faedah kepada pengunjung yang menyelam di tasik tersebut.

Di sini, ada tersedianya kemudahan-kemudahan seperti chalet, bilik persalinan, tapak perkhemahan, tempat letak kereta dan sebagainya. Ramai pengunjung suka datang selepas matahari terbenam kerana waktu ini lebih selesa dan nyaman.

Alamat:

  • Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah Darul Aman.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

Tiket:

  • RM6 (Dewasa).
  • RM3 (Kanak-kanak).

Top 3 Tempat Menarik di Kelantan

1. Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah adalah destinasi yang harus jika menjejak kaki ke Kota Bharu. Bangunan setinggi empat tingkat ini menjual pelbagai jenis keperluan harian surirumah tempatan.

Kalau berasal dari luar Kelantan, di sini ada menjual makanan tempatan seperti pelbagai jenis keropok, rempah ratus, ikan kering dan sebagainya. Nama pasar ini berasal daripada nama isteri Nabi Muhammad iatu Khadija binti Khuwaylid.

Kalau berkunjung ke sini, memang rata-rata peniaga di situ adalah dari golongan hawa. Pasar ini terletak di tengah-tengah bandar, oleh itu senang untuk sampai di sini. Ada disediakan pelbagai kemudahan seperti ATM dan restoran makanan di tingkat satu bangunan ini.

Alamat:

  • Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Bandar Kota Bharu, Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Buka:

  • 7.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad).

2. Kota Sultan Ismail Petra

Kota Sultan Ismail Petra ialah satu tarikan pelancong utama di bandaraya Kota Bharu. Kedatangan pengunjung dialukan dengan pintu gerbang masuk yang dibina untuk memperingati hari pengisytiharan Kota Baru sebagai bandar budaya.

Dalam kompleks ini, terdapat beberapa monumen, bangunan bersejarah dan muzium. Contohnya, Istana Balai Besar dan Istana Jahar yang gah menunjukkan warisan kerabat diraja Kelantan. Sebuah bangunan yang dipanggil Bank Kerapu bukanlah sebuah bank tetapi ialah sebuah memorial peparangan.

Terdapat juga sebuah bangunan yang dipanggil Bank Pitis. Pitis merupakan matawang yang digunakan di Kelantan suatu ketika dulu.

Alamat:

  • 3929, D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

Tiket:

  • Percuma.

3. Pantai Cahaya Bulan

Negeri Kelantan memiliki jaluran pantai yang panjang menghadap Laut China Selatan. Pantai Cahaya Bulan ialah yang paling popular di kalangan penduduk di sini.

Kalau hendak melihat gelagat penduduk tempatan , bolehlah berkunjung ke sini terutamanya pada waktu matahari terbenam. Matahari terbenam di sini dikatakan antara yang tercantik pemandangannya di Malaysia.

Apatah lagi, sambil duduk menikmati juadah yang dijual di gerai-gerai berdekatan dan menyaksikan turunnya matahari. Anginnya yang agak kuat adalah kelebihan alam diambil kesempatan oleh orang tempatan bermain layang-layang. Selain itu, ada juga kawasan khemah dan chalet.

Alamat:

  • Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

Top 3 Tempat Menarik di Pahang

1. Taman Negara

Taman Negara ialah hutan simpanan terbesar negara Malaysia dan memiliki sempadan antara tiga negeri di Semenanjung Malaysia. Usianya sudah mencecah 130 juta tahun dan merupakan antara yang tertua di dunia.

Kawasan hutan ini tidak pernah disentuh oleh arus kemodenan dan semuanya dalam keadaan hutan dara asalnya. Kawasan masuk Taman Negara dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung di situ terutamanya dengan pelbagai pakej yang ditawarkan.

Salah sebuah tarikan utama di situ ialah jalan kanopi yang tergantung 50 meter dari tanah dan sepanjang 530 meter. Pemandangan luas pokok-pokok menghijau dengan langit biru memukau sesiapa yang menghabiskan masa di situ.

Alamat:

  • Taman Negara Kuala Tahan 27020 Jerantut Pahang.

Telefon:

  • 03-2149 9235.

Waktu Buka:

  • 9 pagi – 6 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM1 (Seorang).
  • RM5 (Permit Kamera).

2. Cameron Highlands

Cameron Highlands ialah kawasan peranginan bukit tinggi yang paling popular di Malaysia. Tempat ini dibuka oleh William Cameron kerana melihat potensinya sebagai tempat untuk berteduh dari panas terik matahari tropikal di kawasan rendah.

Selapas itu, tempat ini berkembang maju dengan aktiviti ekonominya. Selain itu, aktiviti penanaman teh dan buah – buahan giat dijalankan di sini. Ladang teh yang terkemuka di sini ialah Ladang Teh Boh yang diimport di serata Malaysia.

Kebanyakan para pelancong akan pergi ke Tanah Rata yang terletak 1440 meter dari aras laut. Suhu di sini mencecah ke bawah 18 celcius.

Alamat:

  • Information Center, Cameron Highlands, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Pahang.

Waktu Buka:

  • 8.00 pagi – 9.00 malam.

3. Pantai Cherating

Pantai Cherating sangat popular di Pahang sebagai satu destinasi pelancongan di situ. Pelbagai aktiviti riadah air disediakan untuk meluangkan masa di pantai.

Selain itu, ada juga aktiviti di atas darat seperti melihat kelip-kelip di Sungai Cherating, belajar mencanting batik di Kampung Cherating dan melawat Zoo Kemaman yang terletak tidak jauh dari situ.

Hotel-hotel yang ada di situ disediakan kepada pengunjung pelbagai bajet. Satu fakta menarik Cherating ialah ianya satu-satunya pantai meluncur di Malaysia.

Alamat:

  • Jalan Kampung Cherating Lama , 26080 Balok, Pahang.

Waktu Buka:

  • 24 Jam.

Top 3 Tempat Menarik di Negeri Sembilan

1. Bukit Broga

Bukit Broga memang terkenal di kalangan peminat-peminat mendaki bukit di sekeliling Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Tempat ini terletak cuma 40 minit daripada Kuala Lumpur dan menjadikannya satu tumpuan orang tempatan dan pelancong. Di sini, lalang tumbuh sehingga paras dada. Orang suka ke sini kerana boleh mengambil gambar yang fotogenik sambil bersenam.

Denai naik ke puncaknya tidaklah mencabar. Seseorang yang cergas dan pantas boleh mencapai puncaknya dalam 20 minit. Perjalanan ke atas puncak tidak ada pokok yang tingg, oleh itu, kebanyakan orang akan balik sebelum matahari terik.

Alamat:

  • Jalan Broga 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Waktu Buka:

  • Sepanjang hari waktu siang.

Tiket:

  • Percuma.

2. Port Dickson

Port Dickson sangat popular sebagai kawasan pelancongan untuk warga kota kerana ianya terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur. Perjalanannya cuma 1 jam dari pusat bandar.

Di sini, terdapat banyak resort dan hotel yang memberi pengalaman yang memuaskan. Ramai yang berpendapat wargakota lebih menuntut jadi, hotel – hotel di sini bekerja keras untuk memberi layanan terbaik. Salah satu hotel yang paling mewah dan terkemuka ialah Hotel Lexis Hibiscus yang mempunyai bilik-bilik yang menghala ke arah laut.

Makanan di sini juga terkenal di kalangan warga kota kerana sangat pedas tetapi lazat. Kos sara hidup di sini lebih rendah dan ramai orang mengambil kesempatan ini untuk membeli barangan tempatan sebelum balik ke kotaraya.

Alamat:

  • Tourism Center Teluk Kemang, Jalan Pantai, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad).

3. Istana Lama Seri Menanti

Istana Lama Seri Menanti siap dibina pada tahun 1908 ialah sebuah struktur yang unik kerana rangka bangunan ini tidak menggunakan apa-apa paku atau skru dalam pembinaanya.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Selepas memainkan peranan tempat tinggal diraja, kini, ianya ialah sebuah muzium yang mempamerkan koleksi-koleksi diraja.

Alamat:

  • Kampung Buyau, 71550 Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Waktu Buka:

  • 9.30 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad), Tutup (Khamis).

Tiket:

  • Percuma.

Top 3 Tempat Menarik di Perlis

1. Gua Kelam

Gua Kelam yang terletak kira-kira 33km di utara Kangar. Untuk masuk ke gua ini pengunjung perlu melalui jambatan gantung kayu yang berlebar lapan kaki. Jambatan ini menghubungkan Kaki Bukit ke Lembah Wan Tangga, sebuah lembah di seberang Gua Kelam. Dahulunya, laluan air dari anak sungai dalam gua digunakan untuk mengangkut biji timah yang terletak berdekatan dengan gua ke Kaki Bukit.

Para pengunjung boleh berjalan dalam gua melalui laluan pelantar kayu yang disuluh dengan cahaya jalanan. Bunyi derusan aliran sungai bawah tanah dan terbangnya kelawar ditambahlagi dengan titik air yang jatuh dari stalaktit memberi satu simfoni semulajadi yang mengasyikkan.

Alamat:

  • Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Jalan Kaki Bukit , 02200 Kaki Bukit, Perlis.

Telefon:

  • 604-938 4466.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM1 (Dewasa).
  • RM0.50 (Kanak-kanak).

2. Masjid Terapung Al – Hussain, Kuala Perlis

Masjid ini mempunyai struktur menonjol ke arah Selat Melaka. Masjid ini dinamakan sempena abang kepada seorang ahli perniagaan Perlis yang telah meninggal dunia.

Daya tarikan utama masjid ini adalah menara berkembar heksagon yang diiktiraf yang pertama di dunia. Dindingnya dihiasi dengan pelbagai jenis batu karang, kuarza, granit, marmar dan kerikil. Pada waktu malam, menara itu dinyalakan dengan pelbagai warna – dengan setiap warna menandakan masa doa yang berbeza.

Satu lagi menariknya, ada 3 kincir angin yang menjana elektrik untuk masjid ini selain grid elektrik utama.

Alamat:

  • Lot 5329, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

Telefon:

  • 04-985 5000.

Waktu Buka:

  • Beroperasi pada waktu solat.

Tiket:

  • Percuma (Derma kepada masjid diterima).

3. Arked Niaga Padang Besar, Perlis

Bagi yang suka membeli-belah, hati akan girang dengan kepelbagaian di Arked Niaga Padang Besar, Perlis. Tempat ini terletak di sempadan negera Malaysia dan Thailand menjual pelbagai jenis produk tempatan dari Thailand yang lebih murah berbanding di Thailand.

Di sini, ada dijual makanan, pakaian, produk kecantikan, alat kelengkapan rumah, alat kraftangan, malah perabot-perabot pun ada. Kalau mahir tawar-menawar, jangan segan meminta diskaun daripada pemilik-pemilik gerai.

Alamat:

  • 7, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis.

Waktu Buka:

  • 7 pagi – 6 petang (Isnin – Ahad).

Top 3 Tempat Menarik di Terengganu

1. Masjid Kristal

Sekilas pandang pada masjid ini, seakan-akan sebuah mahligai mewah yang terapung merentangi lautan. Masjid ini adalah satu tarikan pelancong baru di Terengganu dibuka pada tahun 2008. Masjid ini dibina menggunakan bahan keluli dan kaca memberi imej kontemporarinya.

Malah , ianya telah diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia kerana ada infrastruktur IT di seluruh masjid termasuk sambungan WIFI. Pada waktu matahari terbenam, memang cantik kalau mengambil gambar bangunan ini dari pelbagai sudut mengikut kemahuan.

Apabila malam menjelma, pertunjukkan lampu dinyalakan dengan pelbagai perubahan warna seperti merah jambu, hijau, kuning dan biru.

Alamat:

  • Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari.

Tiket:

  • Percuma.

2. Tasik Kenyir

Tasik Kenyir ialah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara. Tasik ini terbentuk pada tahun 1985 apabila empangan Kenyir dibangunkan. Tasik ini amat terkenal kerana penangkapan ikan air tawar yang giat , terutamanya peminat-peminat memancing.

Kini, tasik ini ialah tumpuan para pengunjung untuk aktiviti pelancongan eko. Sebuah taman tema eko telah dibangunkan di situ iatu Kenyir Water Park di mana pengunjung boleh bermain di tengah-tengah tasik dengan adanya kemudahan renang yang disediakan.

Tetapi, aktiviti utama di sini ialah memancing kerana terdapat banyak spesis ikan seperti ikan tioman dan kelisa.

Alamat:

  • Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, 21700 Kuala Berang, Terengganu.

Waktu Buka:

  • 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM1 (Dewasa).
  • RM5(Kamera).
  • RM10 (Memancing).
  • RM1(Berkhemah).

3. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian adalah syurga kepada peminat pulau tropikal. Pulau ini terus diminati kerana ada tersedianya pelbagai jenis penginapan dan aktiviti yang sesuai kepada mana-mana bajet.

Lautannya juga amat jernih dan cantik. Ada dua pulau iatu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Selalunya para keluarga memilih Pulau Perhentian Besar kerana ianya lebih mesra keluarga.

Alamat:

  • Jeti Kuala Besut ,Kampung Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu.

Waktu Buka:

  • Kuala Besut ke Pulau : 9.00 pagi – 5.00 petang.
  • Pulau ke Kuala Besut : 8.00 pagi, 12.00 tengahari, 4.00 petang.

Tiket:

  • RM70 (Dewasa pergi – balik).
  • RM35( Kanak – kanak pergi – balik).

Top 3 Tempat Menarik di Sabah

1. Taman Kinabalu

Percutian di Sabah tidak lengkap kalau tidak melihat Gunung Kinabalu. Bukan sahaja pemandangannya yang memukau, malah pihak luar juga telah memberi pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2000.

Mana taknya, ada 4,500 spesis flora dan fauna di sini. Daya tarikan utama di sini ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung ketiga tertinggi di Asia Tenggara.

Di sini juga adalah titik permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu , tetapi jikalau ingin jalan-jalan di kaki gunung juga boleh dengan adanya denai-denai tertanda. Ada pelbagai aktiviti seperti golf, naik basikal, memerhati burung dan sebagainya.

Alamat:

  • Kinabalu Park, 89300 Ranau, Sabah.

Waktu Buka:

  • 7.00 pagi – 7.00 malam (Setiap hari).

Tiket:

  • RM3 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM15 (Warganegara asing Dewasa).
  • RM1 (Warganerga Malaysia Kanak-kanak).
  • RM10 (Warganegara asing Kanak-kanak).

2. Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Taman Laut Tunku Abdul Rahman terletak kurang 10 kilometer dari daratan bandar Kota Kinabalu. Taman laut ini dinamakan bersempana perdana menteri Malaysia yang pertama.

Taman Laut ini terdiri daripada 5 buah pulau utama. Pulau yang paling popular ialah Pulau Gaya yang juga terdekat dengan jeti Jesselton. Walaupun dekat dengan bandaraya, aktiviti menyelam di sini agak bagus dan batu karangnya berada dalam keadaan sihat.

Ada beberapa hotel dan resort mewah di pulau-pulau ini kalau ingin bermalaman di sini. Tetapi , memang boleh pun pergi ke pulau-pulau tanpa bermalaman di sini kerana terdapat banyak perjalanan ulang-alik ke darat dari Jeti Jesselton.

Alamat:

  • Jesselton Point, Sabah, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Buka:

  • 6.00 pagi – 2.00 pagi (Isnin – Ahad).

Tiket:

  • RM5 (Warganegara Malaysia Dewasa).
  • RM3 (Warganegara Malaysia Kanak-kanak).
  • RM20 (Warganegara asing Dewasa).
  • RM15 (Warganegara asing Kanak-kanak).

3. Jesselton Point

Negeri Sabah tersohor kerana makanan lautnya yang segar dan lebih murah berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Malah, kepelbagaian produk lautan di Sabah memberi pengunjung banyak pilihan jenis-jenis makanan laut.

Satu tempat di Sabah untuk mencuba makanan laut ialah di Jesselton Point di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu. Banyak pilihan makanan laut di situ untuk dipilih, malahan segar-segar belaka stok makanan laut di sini.

Alamat:

  • Jesselton Point, Sabah, 88200 Kota Kinabalu, Sabah.

Waktu Buka:

  • 6.00 pagi – 2.00 pagi.

Kesimpulan

Dalam senarai ini , tidak boleh dinafikan Malaysia menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancong. 13 buah negeri dengan kelebihan masing-masing yang pasti menghilangkan stress setelah penat bekerja di kotaraya.

Daripada tarikan moden seperti Taman Tema Legoland, keseronokan membeli-belah di Kedai Outlet Premium Johor ke tarikan kuno ribuan tahun Lembah Bujang , semuanya ada di Malaysia.

Pertunjukan kelip-kelip di Selangor, kesibukan Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan kekukuhan Istana Lama Seri Menanti di Negeri Sembilan adalah tiga tema percutian berbeza tetapi semuanya menarik-menarik belaka.

Sebenarnya, agak sukar memilih tempat-tempat dalam senarai ini kerana terlalu banyak tempat menarik di malaysia yang pasti menawan hati para pelancong.

Jadi, apa yang anda tunggu-tunggukan? Sudah tibanya masa untuk mencari hotel, tambang perjalanan dan memilih pakaian baru sempena cuti anda seterusnya di Malaysia.

Tambahan lagi, senarai ini hanya menunjukkan top 3 tempat-tempat menarik di 13 negeri di Malaysia. Pastinya ada lagi banyak kejutan yang menanti di Malaysia.

Add Comment