Tempat Menarik Di Lumut: Top 15 Tempat Untuk Dilawati

Tempat Menarik Di Lumut – Lumut ialah salah sebuah mukim dalam daerah Manjung di Perak. Kawasan Lumut terletak di muara Sungai Manjung dikelilingi hutan paya bakau dan pantai-pantai menghadap Selat Melaka. Selain itu, terdapat dua pulau utama yang menjadi tarikan pelancong yang terkenal iatu Pulau Pangkor dan Pulau Marina. Tema pelancongan ke Lumut bertemakan percutian pantai dan aktiviti air yang popular di negeri Perak.

Tambahan lagi, lokasinya strategik di antara bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang menjadi pilihan percutian yang mudah dicapai. Kebanyakan tempat menarik di Lumut adalah destinasi pelancongan pantai terulung di negeri Perak. Lumut menjanjikan hiburan tanpa henti dan keseronokan tidak terhingga.

Tempat Menarik di Lumut

15 Tempat Menarik Di Lumut

1. Muzium KD Rahmat

KD rahmat merupakan sebuah kapal perang yang tidak digunakan lagi yang diubahsuai menjadi sebuah muzium. Pada sejarahnya, ianya dibeli oleh Kementerian Pertahanan pada tahun 1966 sebagai kapal pertahanan. Selepas bertahun menyusuri persisiran pantai Malaysia ianya digunakan sebagai platform latihan ketenteraan sehinggalah pada tahun 2017 apabila ianya diubahsuai sebagai muzium awam. Muzium ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat secara lebih dekat fungsi-fungsi kapal perang seperti kawasan bilik kawalan, jalan gantri, anjung kawalan, alat senjata dan lain-lain. Peluang ini bukan sahaja mendedahkan orang ramai tentang kekuatan armada peperangan Malaysia malah anak-anak kecil akan menyukai melihat mesin-mesin besar mencetus kecurigaan kanak-kanak.

Alamat:

  • Sungai Kanan, 32200, Lumut

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-6.00petang (Rabu-Isnin)
  • Cuti (Selasa)

Tiket:

  • RM12 (Dewasa)
  • RM7 (Kanak-Kanak)

2. Tebingan Laut Lumut

Di tebingan laut Lumut pula ialah kawasan tarikan pelancongan untuk menikmati udara segar dari selat Melaka dengan kemudahan-kemudahan tepi pantai yang lengkap. Kawasan ini ada kawasan komersil dengan kedai-kedai menjual makanan laut kering tempatan, restoran-restoran dan hotel-hotel penginapan. Untuk mencantikan lagi kawasan, ada arca-arca moden menambah suasana kesenian di sini. Pengunjung seharian pula boleh menggunakan tempat permainan kanak-kanak, kemudahan berehat, trek berbasikal dan sebagainya untuk beriadah. Tempat ini amat sesuai untuk menghabiskan masa seisi keluarga sambil menikmati kecantikan lautan yang dipenuhi bot-bot pelayaran menyusuri persisiran air. Kehidupan di tebingan laut ini berterusan sehingga larut malam dengan lebih ramai orang datang mengambil kesempatan suasana malam yang nyaman.

Alamat:

  • Lumut Waterfront, 32200 Lumut

Waktu Buka:

  • 24 Jam (Isnin-Ahad)

3. Teluk Nipah

Teluk Nipah ialah pantai yang paling popular di Pulau Pangkor. Pantai ini dibarisi dengan pasir putih yang dijaga rapi dibarisi deretan pokok redup. Di sepanjang pantai 620 meter ini ada kemudahan seperti hotel-hotel, restoran-restoran dan juga aktiviti-aktiviti air popular seperti bermain bot laju, ‘parasailing’ dan sebagainya. Kebanyakan penginapan dipasarkan pada harga bajet tetapi berkualiti untuk para pelancong. Makanan pun tidak terlalu mahal, tambahan lagi pelbagai jenis restoran antarabangsa dan tempatan ada di sini. Bukan sahaja aktiviti pantai, malah kereta ATV ada disediakan untuk menjelajah bahagian hutan sekitarnya. Teluk Nipah sesuai untuk yang mencari percutian pantai yang berlarutan sehingga lewat malam dan senang dicapai dari setiap penjuru pulau.

Alamat:

  • Teluk Nipah, 32300 Pangkor Island

Waktu Buka:

  • 24 Jam (Isnin-Ahad)

4. Taman Paya Bakau

Kebanyakan kawasan Lumut dikelilingi oleh paya bakau yang penting kepada ekosistem tempatan. Ianya berfungsi sebagai benteng pertahanan semulajadi daripada hakisan laut. Taman ini berfungsi untuk mendedahkan kepada orang ramai ekosistem yang wujud dalam hutan bakau. Tidak perlu bimbing berjalan di atas lumpur kerana sebuah pelantar jalan kayu disediakan sepanjang 366 meter menuju ke arah laut disediakan. Di sini, pengunjung ada kesempatan melihat sendiri flora dan fauna yang ada seperti ikan belacak dan sebagainya. Di penghujung pelantar ada anjung tinjau yang boleh digunakan untuk menikmati alam atau memancing jika suka. Walau bagaimanapun, para pengunjung kena berhati-hati dengan barangan peribadi kerana ada monyet-monyet nakal yang mengambil harta-harta peribadi.

Alamat:

  • Desa Manjung Raya, 32200 Lumut

Waktu Buka:

  • 24 Jam

5. Taman Tema Frenzy Pulau Marina

Taman Tema ini istimewa kerana semua kemudahan permainannya terapung di atas air. Peralatan mainan dalam taman tema ini diperbuat oleh syarikat Wibit dari Amerika Syarikat dan merupakan satu-satunya di Malaysia. Taman tema ini memerlukan pergerakan fizikal yang aktif, jadi ianya sesuai untuk orang yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Selain kecergasan, kebolehan untuk mengimbangi badan sangat penting untuk menghabiskan satu pusingan bermain. Permainannya memerlukan pemanjatan, melompat, berenang dan berlari-lari sepanjang hari. Para pengunjung akan disediakan dengan jaket pelampung kerana kebanyakan masanya, para pengunjung berada di atas air. Pastinya permainan ini sangat menghiburkan untuk orang yang mempunyai tahap tenaga yang tinggi.

Alamat:

  • Jalan Utama Marina Island, 32200

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-7.00pagi (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • RM20 (Dewasa)
  • RM15 (Kanak-Kanak)

6. Kota Belanda

Kota Belanda bersejarah ini dibina pada tahun 1670 sebagai tempat untuk menyimpan mineral biji timah yang dilombong di Perak. Kota ini telah menyaksikan pelbagai peristiwa-peristiwa peperangan antara kuasa kolonial dengan orang tempatan akibat perebutan penguasaan mineral biji timah di Perak. Pada tahun 1973, tapak kota ini diwartakan sebagai kota bersejarah Malaysia. Apa yang ada hari ini adalah pembinaan semula kota tersebut berdasarkan pelan asal bangunan kecuali bumbungnya yang sehingga kini tidak dibina kerana ketiadaan pelan. Dekat dengan kota ini, ada juga ditemui sebuah ‘Batu Bersurat Belanda’ yang dipercayai dipahat pada 1743. Ianya ditubuhkan untuk memperingati seorang anak kepada tentera Belanda yang dimakan binatang buas berdekatan dengan kota.

Alamat:

  • 32300 Pangkor Island

Waktu Buka:

  • 8.00pagi-6.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

7. Pulau Giam

Pulau Giam ialah sebuah pulau kecil berhadapan dengan Pantai Teluk Nipah. Dari pantai ke pulau kecil ini hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja. Pulau ini tidak berpenghuni tetapi dikerumuni oleh kehidupan marin menjadikannya destinasi popular untuk bersnorkel. Berbanding pantai-pantai lain, alam semulajadi di sini masih lagi terpelihara kerana tiada apa-apa pembangunan dilakukan atasnya. Air lautnya biru dan permukaannya ditumbuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau. Dari sini, ada pemandangan Pulau Pangkor di seberang yang penuh dengan aktiviti manusia. Lawatan ke Pulau Giam sesuai untuk lawatan seharian dari Pulau Pangkor jauh daripada kehadiran manusia dan bangunan-bangunan tinggi.

Alamat:

  • 32300 Lumut, Perak

Tiket:

  • RM15 (Sila rujuk kepada para pengendali di sekitar Pantai Teluk Nipah untuk rundingan harga)

8. Pantai Teluk Senangin

Pantai Teluk Senangin pula ialah pantai yang mempunyai kurang pengunjung berbanding pantai-pantai lain. Di sini ada beberapa buah kedai makanan sahaja dan tempat-tempat penginapan yang ada kebanyakannya dikendalikan secara kecil-kecilan sahaja. Kebanyakan kawasan pantai merupakan sebahagian daripada kampung nelayan yang terletak berdekatan. Aktiviti seperti barbeku, berkelah semalaman dan memancing boleh dilakukan. Tiada sukan air diadakan di sini, kemudahan-kemudahan yang disediakan pula agak mudah. Pantai ini sesuai untuk orang yang menginginkan pantai yang tidak sesak dan sibuk dengan aktiviti-aktiviti komersial. Ianya amat sesuai untuk bersantai-santai sahaja sambil menikmati keindahan pantai bersama-sama yang tercinta. Pada waktu petang, ada kesempatan mengambil gambar nelayan-nelayan naik dari laut dengan hasil tangkapan seharian mereka.

Alamat:

  • 32300 Lumut, Perak

Waktu Buka:

  • 24 Jam

9. Hutan Rizab Pangkor Selatan

Walaupun sudah dimajukan sebagai sebuah pulau pelancongan, pemeliharaan alam semulajadi tidak dilupakan di Pulau Pangkor. Ada lagi kawasan seperti hutan rizab ini masih kehijauan tanpa pembangunan. Hutan rizab ini mempunyai keluasan kira-kira 1/4 daripada keseluruhan pulau. Puncak geografi tertinggi di sini ialah 161 meter dari aras laut. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk para pengunjung seperti denai merentas hutan yang ditanda dengan baik, pusat penerangan dan jambatan gantung. Ada pelbagai spesis flora dan fauna seperti monyet dan burung enggang yang selalu dilihat terbang di sini. Aktiviti paling popular ialah berkhemah semalaman. Kalau berkesempatan untuk menghabiskan banyak waktu di Pulau Pangkor, bolehlah mempertimbangkan untuk mengembara di hutan rizab ini.

Alamat:

  • 32300 Lumut, Perak

Waktu Buka:

  • 7.00pagi-6.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

10. Masjid Terapung Al Badr

Masjid Terapung Al Badr ialah tarikan terbaru di Pulau Pangkor. Ianya baru sahaja dibuka pada tahun 2016 selepas 2 tahun pembinaan. Masjid ini digelar masjid terapung kerana lokasinya dibina di atas permukaan air disambung oleh satu pelantar penjalan kaki ke bangunan utama. Masjid ini mempunyai pengaruh senibina Timur Tengah dengan ukiran-ukiran kalimat Al-Quran diukir pada setiap penjuru dinding, siling dan pintu. Skema warna krim, biru muda, kuning dan putih padan dengan warna biru lautan di sekelilingnya. Masjid ini mempunyai lebih daripada 1,000 kaligrafi tersergam indah di semua bahagian masjid. Setiap sudut masjid memang cantik kalau diambil gambar terutamanya waktu senja dan waktu malam.

Alamat:

  • Masjid Al Badr, 32300 Pulau Pangkor

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

11. Resort Penginapan Pantai Swiss Garden

Di Lumut, sebuah resort penginapan bertemakan permainan golf ialah Resort Penginapan Swiss Garden. Lapangan golf ini dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1997 telah direka oleh pereka lapangan golf terkenal Ronald Fream. Ada 18 lubang golf dan mempunyai jarak sejauh 6600 meter kesemuanya. Manakala untuk penginapan pula ada 290 bilik semuanya dengan pemandangan laut dari setiap bilik. Semua kemudahan ada seperti kolam renang dan pantai persendirian. Kanak-kanak semestinya akan meminati resort ini kerana pelbagai aktiviti seperti kolam renang kanak-kanak dengan gelongsor, meriam air dan sebagainya.

Alamat:

  • Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut

Laman Web:

Facebook:

Harga semalam:

12. Pusat Penyu Segari

Di Selat Melaka, ada juga kehidupan penyu yang kini terancam populasinya. Jadi, pusat konservasi ini ditubuhkan oleh kerajaan negara. Fungsi tempat ini ialah sebagai pusat mendidik orang ramai tentang kepentingan menjaga populasi penyu. Papan kenyataan tentang spesis-spesis penyu di Malaysia sangat berinformasi. Selain itu, ianya juga menjadi tempat perlindungan penyu dengan adanya kolam-kolam untuk penyu membesar sebelum ianya dilepaskan ke laut. Ada penyu-penyu di sini sudah dewasa dan dipelihara dalam kolam. Tempat penetasan telur disediakan untuk pendaratan penyu. Para pengunjung juga ada peluang untuk melepaskan anak-anak penyu ke laut untuk perjalanan seterusnya selepas 5 bulan berada di kolam di pusat pemuliharaan ini.

Alamat:

  • Segari Turtle Sanctuary, 34900 Lumut

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-5.00pagi (Isnin-Ahad)
  • 12.30tengahari-2.30petang (Rehat)

Tiket:

  • Percuma

13. Kafe Daddy’s

Apabila berada di Lumut, semestinya harus mencuba makanannya. Sebuah restoran yang terkemuka ialah Kafe Daddy’s di kawasan peranginan Teluk Nipah. Restoran ini menyajikan makanan laut, makanan barat¬† dan makanan tempatan. Restoran ini sangat terkenal di Pulau Pangkor, ianya harus dilawati. Makanan yang dicadangkan ialah udang besar yang menjadi pilihan para pengunjung. Semuanya ada seperti kari ayam, burger, daging bakar, sup, pizza dan sebagainya. Persekitarannya sangat cantik dengan pencahayaan lembut dan lantainya yang sebahagian daripada pasir pantai. Kalau bernasib baik, ada beberapa binatang-binatang seperti burung enggang boleh dilihat yang datang dari kawasan hutan. Walaupun harga agak tinggi, tetapi rata-rata pengunjung menyatakan restoran ini berbaloi kerana makanan yang sedap dengan pemandangan yang indah.

Alamat:

  • Pangkor Island, Perak

Facebook:

Waktu Buka:

  • 11.00pagi-11.00malam (Isnin-Ahad)

14. Restoran Silaturrahim

Restoran Silaturrahim pula popular untuk mencuba makanan gaya Melayu tempatan. Restoran ini ialah sebuah restoran gaya kampung yang tipikal menjual makanan yang sedap-sedap belaka. Terdapat pelbagai jenis lauk-pauk seperti ikan bakar, kerang-kerang, sotong, pelbagai ulaman-ulaman, ayam berkuah dan sebagainya. Restoran ini menjadi pilihan kerana terdapat pelbagai pilihan makanan. Restoran ini ialah layan diri, jadi bolehlah meninjau makanan yang ada sebelum memilih. Sambal belacan di sini dicadangkan kerana ianya pedas tetapi sedap. Setiap hari, ramai orang tempatan datang untuk makan tengahari dan kadang-kala pengunjung akan menunggu sehingga mendapat tempat duduk untuk makan. Jika ingin mencuba makanan tempatan yang sedap di luar kawasan pelancongan utama, bolehlah datang ke sini.

Alamat:

  • 136, A186, 32200 Lumut

Waktu Buka:

  • 11.00pagi-4.00petang (Sabtu-Khamis)
  • Tutup (Jumaat)

15. Restoran D’Warisan

Satu lagi restoran tempatan ialah Restoran D’Warisan. Terdapat pelbagai juadah kampung yang sedap berkualiti tetapi pada harga yang murah. Restoran ini ialah gaya layan diri jadi boleh melihat dahulu sebelum memesan daripada 30 jenis lauk-pauk yang ada. Makanan yang dicadang di restoran ini ialah ikan bakar yang segar-segar. Selain itu, ada juga beberapa makanan cara Thai jika ingin makan makanan Thai. Tambahan lagi, air minuman seperti air sirap, air teh dan air oren di sini boleh ditambah semula percuma. Restoran ini menyediakan kemudahan-kemudahan lengkap seperti tempat letak kereta yang cukup dan surau. Restoran ini tidak akan terlepas pandang kerana ada papan tanda besar di jalan utama.

Alamat:

  • 4240, Jalan Teluk Muruh, 32200 Lumut

Waktu Buka:

  • 7.30pagi-1.00pagi (Isnin-Ahad)

Kesimpulan Tempat Menarik Di Lumut

Keistimewaan Lumut ialah adanya tarikan pantai di samping tempat-tempat moden seperti Taman Tema Frenzy untuk menghabiskan masa bermain air dan Tebing Laut Lumut dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan sambil menikmati udara bersih laut. Semestinya Pulau Pangkor yang cuma terletak kurang daripada 10 minit dari jeti menawarkan pelbagai percutian yang bertemakan pantai yang cantik dan perkampungan yang tenang. Manakala aktiviti kebudayaan dan sejarah pun ada seperti Muzium KD Rahmat dan Kota Belanda yang sudah berusia beratusan tahun. Lokasi Lumut di tepi pantai menyajikan pelbagai juadah makanan laut yang segar-segar untuk dinikmati. Memang banyak tempat-tempat menarik di Lumut yang ada menyediakan semua pilihan.

Add Comment