Tempat Menarik Di Klang: 13 Tempat Yang Mesti Dikunjungi

Tempat Menarik Di Klang – Klang ialah sebuah daerah di negeri Selangor. Ianya mempunyai penduduk keempat tertinggi daripada 9 buah daerah di Selangor yang berjumlah 860,000 orang. Bandar utama di Klang ialah Bandar Klang yang didiami majoriti penduduk Klang diikuti dengan bandar lain seperti Pelabuhan Klang dan Pandamaran. Daerah Klang mempunyai kawasan pantai dan beberapa buah pulau seperti Pulau Ketam dan Pulau Carey. Kegiatan pelancongan di Klang semamangnya salah satu kegiatan ekonomi utama.

Kemudahan pelancongan di sini sangat maju dan pelbagai tarikan pelancong diperkenalkan setiap tahun untuk menaikkan lagi industri ini di Klang. Semestinya ada banyak tempat menarik di Klang yang perlu dijadikan sebahagian daripada pelan melancong di Malaysia. Ada tarikan kebudayaan, alam semulajadi, makanan dan sebagainya yang menjadi pilihan para pelancong datang ke sini.

Tempat Menarik di Klang

13 Tempat Menarik Di Klang

1. Galeri Di Raja Sultan Abdul Aziz

Galeri ini ditubuhkan khas untuk memperingati Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang telah mangkat pada tahun 2001. Baginda merupakan sultan negeri Selangor ke-8 dan telah memerintah Selangor selama 30 tahun. Muzium ini menyoroti sejarah Kesultanan Selangor yang bermula daripada tahun 1766 lagi. Dalam muzium ini, terdapat pelbagai koleksi peribadi dan hadiah-hadiah diraja untuk dilihat. Di sini ada dipamerkan kisah-kisah zaman kanak-kanak Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai putera mahkota, pengalaman hidup baginda sehinggalah ditakhtakan sebagai Selangor pada tahun 1960 dan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11 pada tahun 2001. Pastinya peminat sejarah kerabat diraja Selangor akan meminati muzium ini.

Alamat:

  • Jalan Stesen, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-5.00petang (Selasa-Ahad)
  • Cuti(Isnin)

Tiket:

  • Percuma

2. Istana Alam Shah

Istana Alam Shah dibina pada tahun 1938 sebagai tempat Sultan Selangor melaksanakan tugasan rasminya. Lawatan ke dalam istana ini tidak dibuka tanpa menulis surat kebenaran terlebih dahulu. Tetapi apabila masuk ke dalam istana, kesusahan meminta kebenaran diganjarkan dengan satu lawatan peribadi yang tidak akan dilupakan. Terdapat dewan-dewan rasmi dengan perabot-perabot mewah serta koleksi-koleksi seperti kereta vintaj, lukisan-lukisan dan sebagainya. Bukan setakat di dalam sahaja, malah di perkarangan istana ada pameran seperti replika tren bersejarah, kereta tradisional dan taman peribadi diraja. Lawatan ini disertakan dengan pengendali lawatan yang akan menerangkan semua kisah kerajaan yang ada di sini.

Alamat:

  • Pejabat Urustadbir Istana Alam Shah, 41300 Klang

Telefon:

  • +603-33713411

Tiket:

  • Kemasukan ke  istana hanya melalui tempahan berkumpulan melalui telefon

3. Pulau Ketam

Pulau Ketam ialah sebuah perkampungan nelayan yang mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 6,000 orang yang hanya boleh dilalui dengan menggunakan perkhidmatan bot dari Jeti Pelabuhan Klang. Walaupun kelihatan agak senyap tetapi ada banyak pemandangan-pemandangan indah boleh diambil gambar di sekelilingya. Tambahan lagi, untuk menjelajah pulau ini, satu-satunya cara ialah berbasikal kerana tiada kereta digunakan di pulau. Terdapat banyak mural-mural yang dilukis oleh artis tempatan pada rumah-rumah yang nampak unik kerana pemandangan yang berlatarbelakangkan rumah tradisional di atas tiang. Orang yang melihat gambar-gambarnya di laman sosial mungkin akan menganggap ianya diambil di negeri lain, bukannya di Selangor kerana persekitarannya yang berbeza.

Alamat:

  • Jalan Foresore, Kawasan 20, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor

Waktu Buka:

  • 7.00am-7.00pm (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • RM8 (Dewasa)
  • RM5 (Kanak-kanak)

4. Taman Rakyat Klang

Banyak kawasan di Klang sudah dimajukan dengan bangunan-bangunan berpenghuni. Tetapi, pemeliharaan alam sekitar tidak dilupakan oleh kerajaannya. Sebuah taman awam yang dipanggil Taman Rakyat Klang ialah tempat beriadah warga Klang sekalian. Kawasannya pun agak luas iatu 18 ekar. Bentuk muka buminya yang berbukit-bukit menjadi pilihan melakukan aktiviti merentas bukit untuk aktiviti senamam. Semua jenis kemudahan awam disediakan seperti padang permainan kanak-kanak, trek jogging, tapak refleksologi, padang golf mini dan sebagainya. Pada waktu pagi pada hujung minggu ada aktiviti seperti acara seni mempertahankan diri, menari dan aerobik yang dianjurkan oleh sukarelawan. Tempat ini sesuai untuk menenangkan diri jauh daripada kesibukan kota Klang.

Alamat:

  • Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor

Waktu Buka:

  • 24 Jam

5. Tokong Kwan Imm

Tokong Kwan Imm ialah tokong Buddha yang terletak di pusat bandar Klang. Ianya adalah tokong Kwan Imm tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1892. Pada suatu ketika ia berada dalam keadaan usang tetapi setelah diisyitiharkan sebagai tapak warisan negeri, ianya dipulihara kepada keadaan asalnya. Bangunan pertama yang dilihat ketika memasuki adalah pintu gerbang masuk yang terletak di hadapan dewan doa utama yang mempunyai ukiran-ukiran yang rumit dan berseni halus. Rekabentuknya bercirikan China tradisional. Perkarangan tokong agak besar dengan pelbagai patung-patung dewa, ukiran-ukiran yang cantik, taman yang dijaga rapi dan kolam ikan koi. Tokong ini amat menarik untuk dilawati di Klang.

Alamat:

  • 30, Jalan Raya Barat, Selangor Darul Ehsan, 41000 Klang

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

6. Kota Raja Mahdi

Kubu bersejarah ini dibina 150 tahun lalu oleh Raja Mahdi sebagai benteng pertahanan terhadap Raja Abdullah. Peperangan ini berlaku kerana Raja Adullah ialah saingannya untuk mengawal daerah Klang. Kubu ini berfungsi untuk mengintip kapal-kapal musuh yang berlayar melalui Pangkalan Batu. Setelah berakhirnya peperangan, kubu ini menjadi peninggalan bersejarah daripada masa silam. Lokasi kubu ini terletak bertentangan dengan Sungai Klang. Ada dikatakan wujudnya sebuah terowong rahsia dari bawah bukit ke seberang sungai sebagai laluan untuk melarikan diri tetapi ianya sudah runtuh ditutup tanah. Di atas pintu gerbang ada diukir tahun kalendar Islam AH 1293 iatu tahun 1876 bersamaan dengan kalendar Rom. Perkarangan kubu kini digunakan sebagai bangunan perbandaran.

Alamat:

  • 60, Jalan Raya Barat, Kawasan 1, 41100 Klang

Waktu Buka:

  • 24 Jam

7. Tempat-tempat menarik di Klang: Pantai Acheh

Klang juga dikurniakan dengan persisiran pantai yang menghadap Selat Melaka. Kebanyakan kawasan pantai ditumbuhi dengan hutan bakau menjadikannya tidak sesuai untuk berekreasi. Tetapi di Pantai Acheh, ada pantai yang berpasir putih sesuai untuk meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan tercinta. Semua aktiviti boleh diadakan di sini seperti berkhemah, memancing,  parasailing, bermain layang – layang dan sebagainya. Aktiviti paling popular di kalangan pengunjung ialah memancing. Oleh kerana lokasinya berdekatan sahaja dengan bandar utama, pantai ini penuh dengan pengunjung pada waktu hujung minggu. Terdapat dua pintu masuk, satunya berbayar tetapi dilengkapi dengan kemudahan asas dan satu lagi percuma tanpa apa-apa kemudahan.

Alamat:

  • 42000 Pulau Indah, Selangor

Tiket:

  • RM3 (Pintu masuk berbayar)
  • Percuma (Pintu masuk percuma)

8. Nasi Kukus Sotong Besar Klang

Kalau datang ke Klang, restoran ini tidak boleh dilepaskan untuk tidak pergi. Restoran ini terkenal dengan masakan gaya Kelantan mereka. Berdasarkan nama restoran pun, boleh diketahui masakan nasi kukus sotong besar mereka adalah yang paling popular. Ianya sangat sedap dicecah dengan sos cili manis. Bukan sahaja sedap tetapi kuantiti makanan banyak cukup mengenyangkan. Selain sotong bakar, ada juga ayam panggang, kambing bakar, sup herba dan sebagainya. Restoran layan diri ini mempunyai perkhidmatan layan diri yang pantas. Populariti restoran ini diketahui di seluruh Klang dan kini mempunyai cawangan lain di daerah-daerah lain. Kalau mengidam makanan Kelantan bolehlah berkunjung ke sini.

Alamat:

  • Jalan Harmoni 1b/KU3,Kristal Klang Commercial Centre, Kampung Batu Belah, 41050 Klang

Waktu Buka:

  • 12.00tengahari-11.00malam (Rabu-Isnin)

9. Kampung Budaya Mah Meri Pulau Carey

Di Pulau Carey, sebuah perkampungan orang Mah Meri boleh dilawati untuk mempelajari tradisi orang Mah Meri. Orang Mah Meri merupakan orang asli Semenanjung Malaysia yang tinggal di sini sejak turun temurun. Orang Mah Meri terkenal dengan ukiran kayu dan topeng tradisional yang dipakai semasa ritual tarian. Ada sebuah muzium yang mempamerkan barang-barang kesenian Mah Meri yang penuh dengan kisah-kisah kayangan. Para pengunjung berpeluang untuk membeli ukiran kayu tradisional, bakul tenunan tradisional dan tikar daun pandan yang cantik. Lawatan ke sini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum datang.

Alamat:

  • Jln Kampong Orang Asli Sungai Bumbun, Kampung Manikavasagam, 42960 Pulau Carey

Laman Web:

Tiket:

10. Restoran Makanan Laut Port Village

Peminat makanan laut semestinya harus ke Klang untuk menjamu selera makanan laut yang segar. Makanan laut gaya Cina ini popular di kalangan orang ramai. Ada pelbagai juadah seperti ikan goreng, kerang, ikan stim, ketam, mi goreng, nasi goreng, pelbagai sayur-sayuran dan sebagainya. Satu juadah yang sangat diminati di sini ialah ketam masak mentega. Seperti gaya restoran Cina, ada disediakan tuala kecil, kacang dan teh Cina. Restoran ini besar cukup menampung ramai pengunjung pada waktu-waktu puncak. Tambahan lagi, lokasinya di muara sungai menyejukkan terutamanya pada waktu malam. Kalau bercuti ke Klang, bolehlah mencuba makanan laut gaya Cina di sini.

Alamat:

  • LMS A 12800, Tanjung Harapan, 42000 Pelabuhan Klang

Waktu Buka:

  • 11.30pagi-3.00petang, 5.30petang-11.00malam (Isnin-Jumaat)
  • 11.00pagi-11.00malam (Sabtu-Ahad)

11. Muzium Balai Bomba Klang

Semestinya ada yang tertanya-tanya ada apa yang istimewa di balai bomba ini. Balai bomba ini dibina pada 1890 dengan gaya rekabentuk Victoria. Walaupun ia telah diubahsuai sepanjang tahun kewjudannya, struktur utama dan reka bentuk seni bina dikekalkan dengan baik. Dari luarnya pun, bangunan ini berada dalam keadaan yang baik. Terdapat pameran-pameran unik termasuk siren angin dari tahun 1945, pakaian seragam ahli-ahli bomba dan peralatan seperti hos dan muncung pemadam api. Selain itu, para pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat peralatan dan kenderaan yang digunakan untuk pergi memadamkan kebakaran. Tarikan unik ini sesuai untuk dikunjungi ahli keluarga bersama kanak-kanak.

Alamat:

  • Balai Bomba Klang Selatan, Jalan Gedung Raja Abdullah, 41000 Klang

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-5.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

12. Kolam Pancing Sea Lion

Kadang kala, musim hujan atau panas tidak mengalakkan aktiviti memancing ikan. Tetapi di perkarangan Kolam Pancing Sea Lion, ada disediakan kemudahan memancing dalam kawasan yang tertutup. Ada kemudahan pondok disediakan sambil memancing ikan. Terdapat beberapa kolam ikan di sini. Kolam yang terbesar ialah ‘Kolam 3’ yang ada pelbagai spesis ikan seperti ikan jenahak, ikan kerapu, ikan siakap, ikan merah dan sebagainya. Pastinya kegiatan seronok untuk kaki pancing pun boleh didapati di Klang. Semuanya ada disediakan di sini, termasuk umpan, joran dan sebagainya. Masa beroperasi pada setiap hari ialah sehingga 5.00pagi.

Alamat:

  • Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara, 42000 Klang

Facebook:

Waktu Buka:

  • 9.30pagi-5.00pagi (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Harga bermula daripada RM50. Sila rujuk Facebook untuk harga semasa

13. Little India Klang

Klang turut mempunyai komuniti India yang sangat aktif dalam masyarakat di daerah ini. Kebanyakan tempat komersil yang menjual barangan komuniti India terletak di Jalan Tengku Kelana. Ada macam-macam barangan seperti barangan beribadat, pakaian tradisional India, restoran makanan India vegetarian dan sebagainya. Berjalan-jalan di sini menikmati kemeriuhan kawasannya dengan bau-bauan wangi daripada kemenyan, kuil-kuil kecil dengan patung-patung sembahan amat menarik perhatian. Pemandangan di sini sesuai untuk mengambil gambar menunjukkan kepelbagaian kebudayaan orang Malaysia. Pada musim perayaan Deepavali, Little India berubah menjadi sebuah pertunjukkan cahaya yang berwarna-warni dan bunyi-bunyi muzik India yang mengasyikkan. Aktiviti tawar menawar digalakkan kerana banyak kedai-kedai di sini mempunyai jualan hebat.

Alamat:

  • Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, 41000 Klang, Selangor

Waktu Buka:

  • 24 Jam

Kesimpulannya

Klang ialah sebuah daerah yang sudah tentunya memberi kepuasan kepada para pelancong yang datang ke sini. Tidak seperti tempat-tempat lain di Selangor, daerah Klang menawarkan pelancongan tepi pantai, bandar yang bersejarah dan makanan laut yang segar-segar. Malah, bukan sahaja menjadi tumpuan pelancongan, ramai orang dari luar lebih suka tinggal di Klang kerana ianya kurang sesak.

Klang sesuai untuk para pelancong yang ingin menikmati kehidupan di pinggir bandar yang menawarkan alam semulajadi, kepelbagaian budaya dan makanan-makanan sedap. Klang hanya terletak 40 minit dari Kuala Lumpur jadi mudah dicapai bila-bila masa dengan kenderaan persendiriaan atau menaiki kereta api Komuter KTM dari KL Sentral ke stesen KTM Klang. Kesemua tempat-tempat menarik di Klang boleh dilawati dalam masa 2 atau 3 hari melancong.

Add Comment