Tempat Menarik Di Kemaman: 8 Tempat Terbaik Kemaman

Tempat Menarik Di Kemaman – Kemaman ialah sebuah daerah di Terengganu yang semakin dikenali sebagai destinasi pelancongan. Penduduknya berjumlah kira-kira 200,000 orang dan pusat daerahnya ialah Chukai yang mempunyai kehidupan bandar yang rancak. Dahulunya, daerah ini dikelilingi dengan perkampungan tradisional dengan kegiatan pertanian dan tangkapan ikan sebagai sumber ekonomi utama. Tahun 1980-an menjadi titik permulaan penemuan minyak petroleum dan daerah ini menjadi lebih berkembang.

Industri pelancongan turut berkembang dan kemundahan-kemudahan pelancongan dimajukan untuk menarik ramai lagi para pelancong datang ke sini. Daerah Kemaman dibarisi dengan pantai-pantai yang panjang menghadap Laut China Selatan dan bahagian pedalaman ditumbuhi hutan-hutan yang menghijau. Tempat-tempat menarik di Kemaman menawarkan pelbagai kemahuan untuk semua lapisan masyarakat, samada tua atau muda. Pastinya berbaloi untuk datang ke sini melihat apa yang akan dijelaskan dalam senarai ini.

Tempat Menarik di Kemaman

Tempat Menarik Di Kemaman

1. Pantai Teluk Kalong

Sebuah pantai yang popular di kalangan para pelancong ialah Pantai Teluk Kalong kerana pantainya yang putih menarik perhatian. Bentuk geografinya dalam sebuah teluk menjadikan kawasan ini sesuai untuk mandi-manda sepanjang tahun tidak kira musim tengkujuh atau musim kering. Pantai ini dibarisi dengan pokok-pokok ru yang indah dilambai-lambai oleh tiupan angin dengan pemandangan laut biru dipenuhi dengan kapal-kapal dalam perjalanan ke dermaga. Setiap hari, para pengunjung ada kesempatan untuk melihat bot nelayan berlabuh membawa tangakapan laut. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bersukan, memancing, berenang dan sebagainya. Tempat ini menjadi kegemaran untuk kaki pancing kerana ada banyak ikan jenis ikan seperti kerapu, pari dan sebagainya.

Alamat:

  • Kampung Teluk Kalong, 24100 Kijal, Terengganu

Waktu Buka:

  • 24 Jam

2. Pasar Besar Kemaman

Kalau singgah di Chukai, pastinya harus membeli hasil barangan tempatan di sini. Semua produk-produk pertanian seperti sayur-sayuran tempatan, daging ayam, daging lembu dan sebagainya ada di sini. Produk yang terkenal ialah tangkapan lautnya yang segar-segar belaka. Setiap hari, pasti ada para nelayan menjual tangkapan seperti ikan, kerang, sotong dan sebagainya pada harga murah. Bukan sahaja produk makanan, malah ada juga dijual cenderamata dan ubat-ubat tradisional tempatan yang tidak terdapat di tempat-tempat lain. Sambil berjalan, bolehlah membeli makanan ringan kegemaran orang tempatan seperti keropok lekor, air istimewa dan sebagainya. Pengalaman di pasar ini pasti menyeronokkan memberi kepuasan terutamanya para pelancong dengan keluarga.

Alamat:

  • Jalan Air Putih, Kampung Dusun Nyior, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

3. Muzium Kemaman

Sejarah bertulis Kemaman bermula sejak 300 tahun dahulu oleh Che Wan Teh yang datang mencari tempat berteduh setelah tempat asalnya di Pahang menjadi kucar-kacir akibat peperangan. Untuk mempelajari sejarah-sejarah daerah Kemaman ini, haruslah melawat Muzium Kemaman. Muzium Kemaman ini terletak di tengah-tengah bandar Chukai. Pada asalnya bangunan ini merupakan sebuah bank diduduki oleh Malayan Banking Berhad yang telah diubahsuai. Banyak pameran dalam muzium memaparkan tokoh-tokoh yang berasal dari Terengganu yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa. Antara artifak-artifak yang ada termasuk duit-duit lama, gambar-gambar daerah Kemaman lama, buku-buku lama dan sebagainya.

Alamat:

  • Lot 132, Jalan Sulaimani, 24000 Cukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-5.00petang (Sabtu-Khamis)
  • Tutup (Jumaat)

Tiket:

  • Percuma

4. Mini Zoo Kemaman

Mini Zoo Kemaman ialah satu-satunya zoo binatang di pantai timur yang telah dibuka pada tahun 2009. Zoo mini ini ditubuhkan untuk mendidik generasi sekarang tentang kepentingan menjaga spesies flora dan fauna yang kian terancam oleh kegiatan manusia. Kawasannya agak luas iatu sebesar 35 ekar. Zoo ini menjadi habitat kepada 54 jenis spesies termasuk singa, harimau, gajah, orang utan dan sebagainya. Malah, ada juga kebun mini yang dihiasi dengan taman yang mempunyai pelbagai jenis pokok buah-buahan, herba, orkid dan bonsai. Tempat ini pastinya menghiburkan terutamanya kepada anak-anak kecil melihat haiwan-haiwan di depan mata.

Alamat:

  • Kampung Tabuan, 24000 Chukai, Terengganu

Laman Web:

Facebook:

Waktu Buka:

  • 9.00pagi-5.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • RM10 (Dewasa)
  • RM7 (Kanak-Kanak)

5. Teluk Mak Nik

Teluk Mak Nik atau dikenali di kalangan orang tempatan sebagai ‘Monica Bay’ ialah satu lagi pantai tarikan pelancong yang terkenal di Terengganu. Pantainya tidak digalakkan untuk mandi tetapi apa yang menarik di sini ialah ada kurang pengunjung berbanding pantai-pantai tepi laut di Terengganu. Jadi, bolehlah menikmati pengalaman di tepi pantai sambil mendengar bunyi kicauan burung dan unggas yang menggunakan pokok ru sebagai habitatnya. Selain itu, ada juga beberapa buah penginapan di sekeliling pantai ini jika bercadang untuk bermalam. Pada waktu senja, ada restoran-restoran yang dibuka untuk menyidangkan masakan laut yang segar. Pada hari-hari tertentu ada acara-acara khas diadakan di sini seperti festival futsal, pertandingan memancing dan sebagainya.

Alamat:

  • 4000 Chukai, Terengganu

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

6. Taman Rekreasi Bukit Tinggi

Taman Rekreasi Bakau Tinggi dikatakan terletak di persisiran Sungai Kemaman. Taman rekreasi ini unik kerana ianya terletak dalam kawasan paya bakau dan mudah dicapai dari bandar Chukai. Ada banyak kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, tandas awam, bilik rehat, bangku duduk dan trek berjogging. Ada juga anjung tinjau yang menonjol ke dalam air sungai dan sesuai untuk mengambil gambar untuk dinaikkan ke laman sosial. Malah, memancing juga dibenarkan di sini kerana Sungai Chukai dikenali dengan pelbagai jenis tangkapan ikan. Di sebelah taman ini ada sebuah restoran terapung yang diminati orang-orang tempatan kerana makanannya sedap dan segar kerana telah ditangkap pada hari yang sama.

Alamat:

  • Taman Rekreasi Bukit Tinggi, 24000 Chukai, Terengganu

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

7. Restoran Tong Juan

Restoran Tong Juan ialah sebuah restoran Cina halal yang menyajikan masakan laut gaya Cina yang sangat popular di Chukai. Dari luar, rupanya seperti sebuah kedai yang biasa tetapi di dalamnya, penuh dengan para pengunjung yang sangat memilih dalam citarasa makanan. Ada bermacam jenis masakan seperti udang goreng dalam sos mentega, udang galah yang besar, ikan kerapu stim, pelbagai jenis sayuran dan sebagainya. Semuanya segar-segar kerana didapati daripada nelayan tempatan. Masakan instimewa restoran ini yang menjadi sebutan ramai ialah resepi ketam sumbat. Masakan istimewa disediakan dengan daging ketam yang disumbatkan dalam cangkerang ketam dan digoreng dengan salutan tepung campuran istimewa.

Alamat:

  • K-117, Jalan Sulaimani, Kampung Dusun Nyior, 24000 Kemaman, Terengganu

Waktu Buka:

  • 11.30pagi-3.30petang, 6.00petang-10.00malam (Sabtu-Khamis)
  • Tutup (Jumaat)

8. Kedai Kopi Hai Peng

Kedai kopi ini amat sinonim dengan bandar Chukai yang telah beroperasi di sini sejak tahun 1940-an lagi. Restoran ini sangat terkenal dengan kopi istimewa yang dibuat di kedai. Malah, orang yang tidak minum kopi pun akan meminati kopi di sini. Selain itu, roti bakar istimewa yang dibakar atas arang api turut menjadi pilihan untuk dimakan dengan kopinya. Selain itu, makanan-makanan lain seperti nasi lemak, kari ayam, laksa dan sebagainya turut dicadangkan oleh para pengunjung. Setiap pagi, tempat ini menjadi sangat sesak dengan kedatangan para pengunjung dari seluruh bandar Chukai. Hiasan dalaman pun menarik perhatian dengan perhiasan vintaj dan papan tanda mencuit hati.

Alamat:

  • K-3753, Jalan Sulaimani,Chukai,Kemaman, 24000, Cukai, Terengganu

Waktu Buka:

  • 6.00pagi-7.00malam (Sabtu-Khamis)
  • Tutup (Jumaat)

Kesimpulan tempat menarik di Kemaman

Daerah Kemaman di Terengganu di pantai timur ini sememangnya ada tarikan tersendiri walaupun tempatnya kecil sahaja. Pada masa ini, aktiviti pelancongan semakin dikenali setiap tahun kerana ada sahaja tempat-tempat baru dibuka di Kemaman. Pantai-pantainya cantik sekali dan alam sekitarnya terpelihara kerana berbanding tempat-tempat lain di Malaysia, ianya kurang dikunjungi. Maka, flora dan fauna di sini kurang dijelajah lagi berbanding negeri-negari lain. Daerah ini kecil sahaja, jadi ianya boleh dijelajah selama beberapa hari untuk menikmati semua tarikan pelancong di sini. Pelbagai kemudahan penginapan pelbagai bajet disediakan.

Semua tempat boleh dicapai dengan memandu kenderaan sendiri kerana Kemaman ada jaringan jalanraya yang moden. Sekarang bolehlah mula merancang untuk melawat tempat-tempat menarik di Kemaman terutamanya yang ada dalam senarai ini yang telah dipilih dengan teliti.

Add Comment