Tempat Menarik Di Cherating: 14 Tempat Best Untuk Dilawat

Tempat Menarik Di Cherating – Cherating memang sudah tersohor dengan percutian tepi pantai di negeri Pahang. Lokasinya terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia berhadapan dengan Laut China Selatan menawarkan pantai berpasir putih yang panjang, pelbagai spesis kehidupan laut seperti penyu, makanan tradisional yang sedap-sedap dan kehidupan perkampungan yang lebih perlahan.

Suatu ketika dahulu, Cherating cumalah sebuah kawasan perkampungan kecil tetapi hotel-hotel bertaraf antarabangsa mula dibina untuk mengambil kesempatan kecantikan alam semulajadinya. Saiz kawasan Cherating kecil sahaja tetapi banyak aktiviti-aktiviti boleh dilakukan untuk percutian yang tidak boleh dilupakan. Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Cherating yang sememangnya harus dilawati di kawasan percutian pantai terulung negeri Pahang ini.

Tempat Menarik di Cherating

Tempat Menarik Di Cherating

1. Resort Penginapan Club Med

Club Med Cherating merupakan resort penginapan terkenal dan terbesar di Cherating. Club Med ialah sebuah syarikat persendirian Perancis yang mempunyai pengkhususan konsep percutian ‘perkampungan resort penginapan’ mewah. Club Med ini adalah satu-satunya yang ada di negara Malaysia. Ada 240 bilik semuanya, sesuai untuk menampung seisi keluarga yang moden penuh dengan kemudahan 4 bintang di tengah-tengah perkampungan yang aman. Keistimewaan resort ini ialah aktiviti-aktiviti yang ada semuanya tersedia dalam pakej penginapan, malah kemudahan-kemudahan hanya boleh digunakan oleh para penginap sahaja. Pelbagai aktiviti kekeluargaan seperti pertunjukan akrobatik sarkas oleh ahli sarkas profesional, aktiviti di kolam renang, melihat haiwan-haiwan tempatan dan sebagainya disediakan. Apa yang menarik sekali ialah semuanya sudah termasuk ke dalam perbelanjaan yang dibayar, jadi tidak perlu bimbang tentang kos-kos sampingan.

Perkampungan ini menitikberatkan aktiviti-aktiviti luar seperti berjalan atas litar rintangan, memanjat bukit berbatu dan sebagainya. Malah aktiviti-aktiviti istimewa seperti latihan sarkas, belajar memanah turut ada disediakan. Aktiviti khas untuk kanak-kanak yang dianjurkan Club Med ada diadakan seperti aktiviti memasak, latihan menari, berkayak kanak-kanak dan sebagainya. Para pekerja pula sangat ramah dan berinteraksi penuh dengan para penginap untuk memberi hiburan yang tidak akan dilupakan di Club Med. Pengalaman di sini memang tidak akan dilupakan dikelilingi dengan alam semulajadi yang cantik dengan haiwan-haiwan tempatan seperti penyu-penyu, burung-burung dan sebagainya.

Alamat:

  • 29th Miles Jalan Kuantan-Kemaman, Cherating, 26080 Pahang

Laman Web:

Facebook:

Harga semalam:

2. Pantai Cherating

Walaupun terletak di kawasan dengan pembangunan pelancongan yang pesat, Pantai Cherating tetap mengekalkan keistimewaan semulajadinya dengan baik. Pantainya putih, dibarisi pokok-pokok ru indah dan tidak tercemar. Ramai pengunjung yang datang ke sini ada peluang melihat banyak jenis flora dan fauna seperti penyu yang datang ke pantai untuk bertelur. Pada waktu senja, pasti akan melihat para penginap hotel berdekatan melakukan aktiviti pantai seperti ‘jet ski’, meluncur air, pengembaraan kereta ‘ATV’, berkanu dan sebagainya. Penduduk tempatan juga suka datang ke sini. Tidak perlulah menginap di hotel mewah, kerana pengalaman berada di Pantai Cherating itu pun sudah mewah dengan pemandangan lautan biru dengan angin bayu lembut lagi bersih menyapa muka.

Alamat:

  • Pantai Cherating, 26080, Pahang

Waktu Buka:

  • 24 Jam (Isnin-Ahad)

3. Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu Cherating

Pusat Penerangan Dan Santuari Penyu Cherating ini terletak bersebelahan sahaja dengan Club Med Cherating. Ianya ditubuhkan pada tahun 1972 sebagai tempat pemuliharaan populasi penyu dalam usaha untuk menambah bilangannya yang sekian pupus akibat kegiatan manusia. Ia turut berfungsi sebagai pusat maklumat untuk mendidik orang ramai mengenai haiwan penyu dan kepentingan untuk melindunginya. Ianya mula terbuka kepada orang ramai sejak tahun 1998. Pusat ini membantu penyu untuk mendarat di Pantai Cherating untuk bertelur. Bulan April sehingga Ogos adalah bulan-bulan yang disyorkan datang ke sini apabila musim menetas berlaku. Di sini ada kolam-kolam inkubator untuk anak-anak penyu menetas sebelum dilepaskan ke laut.

Alamat:

  • Bukit Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Buka:

  • 9.30am-4.30pm (Selasa-Ahad)
  • Tutup (Isnin)

Tiket:

  • Percuma

4. Lawatan Melihat Kelip-Kelip Hafiz

Banyak tempat di Malaysia menawarkan peluang melihat kelip-kelip secara dekat. Tetapi, lawatan ini bersama seorang pemandu pelancong bertauliah, Hafiz membawa pengalaman lebih istimewa. Lawatan melihat kelip-kelip dengan beliau penuh dengan informasi-informasi saintifik dan menghiburkan tentang kehidupan kelip-kelip. Penerangan dengan beliau amat interaktif dan berinformasi tidak membosankan. Aktiviti paling menarik ialah kemampuan beliau untuk ‘memanggil’ kelip-kelip datang ke badannya. Ramai pengunjung terpegun dengan kemampuan yang istimewa ini melihat kelipan-kelipan unggas di sekelilingnya. Semestinya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Selain itu, ada juga kegiatan menyusuri sungai bakau, permainan laut dan sebagainya disediakan oleh syarikat yang sama.

Alamat:

  • 3, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

No Telefon:

  • 017-978 9256

Facebook:

Tiket:

  • Sila hubungi nombor telefon untuk harga tiket

5. Kedai Seni ‘Limbong Art’

Kesenian tempatan semestinya sesuatu yang harus dilihat jika melawat ke sesuatu tempat asing. Di Cherating, para pelancong boleh melihat dengan lebih dekat seni-seni tempatan yang boleh dibeli pada harga yang berpatutan di Kedai Seni ‘Limbong Art’. Bangunan kedai pun unik, dengan setiap bahagian diperbuat daripada kayu kayan. Di sini, terdapat hasil seni orang Pahang seperti batik tradisional, ukiran-ukiran kayu dan sebagainya. Selain itu, ada juga peluang untuk mencanting lukisan batik untuk simpanan sendiri dan demonstrasti pembuatan kain rentang berwarna-warni. Terdapat pelbagai pakaian yang cantik-cantik sesuai dengan tema percutian pantai dijual di sini. Harganya berpatutan sesuai untuk dibawa balik rumah sebagai cenderamata untuk sekeluarga dan sahabat handai.

Alamat:

  • Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-10.00malam (Isnin-Ahad)

6. Kampung Cherating

Di sebalik resort-resort penginapan mewah di sekeliling Cherating, ada juga perkampungan tempatan yang masih lagi hidup secara tradisional. Selain kegiatan pelancongan sebagai punca pendapatan utama, ada juga nelayan, petani, peniaga kecil-kecilan dan sebagainya. Jika berkesempatan berjalan-jalan di luar penginapan, yang tidak terdapat dalam jadual pelancongan hotel, pastinya berbaloi jika meminati kebudayaan tempatan yang asli. Memang seronok melihat gelagat kanak-kanak bermain-main tanpa kerisauan, para nelayan membaiki jala di bawah pepohon dan orang-orang muda bermain bola sepak berkaki ayam. Pengalaman melihat adegan-adegan ini pastinya sangat bermakna terutamanya orang yang datang dari bandar. Kalau berkesempatan berkenalan dengan orang tempatan, mungkin boleh berkawan dan dibawa ke tempat-tempat tersembunyi di Cherating.

Alamat:

  • Jalan Cherating Lama, Cherating, 26080

Waktu Buka:

  • 24 Jam (Isnin-Ahad)

7. Aktiviti di ‘Kam’s Surf Shack’

Cherating juga dikenali sebagai tempat untuk meluncur air laut di Malaysia. Waktu terbaik untuk meluncur ialah pada bulan Disember sehingga Januari apabila musim tengkujuh melanda. Selain luncur air, ada juga kegiatan luncur angin dan luncur layang-layang yang sesuai sepanjang tahun kerana angin yang kuat. Syarikat ini turut menyediakan sesi belajar meluncur untuk orang yang melakukannya kali pertama. Tempat ini juga ialah sebuah restoran yang bukan sahaja terkenal di kalangan para pelancong malah penduduk tempatan juga kerana boleh makan makanan-makanan sedap sambil menikmati pemandangan laut yang biru.

Alamat:

  • Jalan Kampung Cherating, Kampung Padang Lalang, 26080 Balok

Facebook:

Tiket:

  • Harga pakej bermula daripada RM60. Sila semak di lokasi untuk keterangan lanjut

8. Melayari Sungai Cherating

Cherating bukan sahaja dikenali dengan pantainya, malah ada juga sebatang sungai mengalir melaluinya yang mempunyai banyak spesis paya bakau untuk dilihat. Pelayaran sungai ini mengambil masa selama 1 jam 30 minit dan pastinya akan berkesempatan melihat haiwan-haiwan seperti ular, biawak, iguana, ketam dan sebagainya. Perjalanannya seperti dalam sebuah zoo terbuka kerana haiwan-haiwan berada dekat dengan penonton. Pemandu pelancong sangat berpengetahuan mengenai hidupan-hidupan di sekitar kawasan bakau ini dan dijelaskan semuanya penuh informasi. Semestinya peluang mengambil gambar ada sepanjang perjalanan sambil menikmati alam semulajadi dengan udara bersih dan segar. Terdapat dua sesi yang boleh dipilih pada waktu pagi atau petang.

Alamat:

  • 3, Cherating, 26080 Kuantan, Pahang

No Telefon:

  • 017-978 9256

Facebook:

Tiket:

  • RM35 (Dewasa)
  • RM25 (Kanak-Kanak)

9. Pulau Ular

Pulau Ular ialah sebuah pulau kecil berjarak kira-kira 1.5 kilometer dari darat. Tiada penduduk tinggal di atasnya tetapi ianya menjadi destinasi kawasan snorkel yang kecil. Pulau ini ada pantai yang kecil sangat sesuai untuk bersantai dikelilingi dengan batu-batuan besar yang terhasil dari formasi gunung berapi suatu ketika dahulu. Ada sedikit tumbuh-tumbuhan di atas puncak pulau ini. Perjalanan ke puncak cuma mengambil masa 10 minit sahaja. Haiwan darat yang selalu dilihat di sini ialah kelawar-kelawar yang tinggal pada permukaan batu. Lawatan ke pulau ini untuk aktiviti seharian amat berbaloi kerana ianya terpencil. Aktiviti ini boleh ditempah melalui hotel ‘The Legend Resort’.

Alamat:

  • Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating 26080 Kuantan

Telefon:

  • 09-5819818

Tiket:

  • Sila telefon untuk keterangan lanjut

10. Izz Keropok Lekor

Kalau berada di pantai timur, semestinya harus mencuba keropok lekor yang sangat terkenal. Kedai keropok lekor ini berada di kawasan pelancongan Cherating tetapi tidak menjualnya pada harga mahal. Kualiti keropok lekor juga baik kerana ramai orang mengesyorkan tempat ini untuk mencubanya. Semua jenis masakan keropok lekor seperti gaya goreng dan stim ada dijual. Malah, keropok lekor mentah di sini boleh dibawa balik untuk dimasak di rumah. Selain itu, ada juga dijual mi sup, satar,  dan hasil-hasil lautan segar. Jika berada di kawasan Cherating, bolehlah mencuba keropok lekor buatan tradisional. Waktu makan petang amat sesuai untuk menikmati keropok lekor dengan secawan kopi.

Alamat:

  • Kampung Baru Cherating, Jln Kuantan Kemaman, 26080 Kuantan

Facebook:

Waktu Buka:

  • 8.00pagi-8.00malam (Isnin-Ahad)

11.  ‘ATV’ Cherating

Kalau inginkan pengembaraan pantai bolehlah mencuba untuk menaiki ATV di sepanjang pantai. Para pelancong ada peluang untuk melihat pelbagai tarikan semulajadi seperti hutan paya bakau dan perkampungan nelayan di sekeliling Cherating. Sebelum menaiki ‘ATV’, para peserta akan diajar cara-cara untuk menaikinya. Kenderaan ‘ATV’ mengambil beberapa minit sahaja untuk dipelajari. Peralatan-peralatan seperti topi keledar dan jaket keselamatan disediakan. Perjalanan menaiki ‘ATV’ ini mengambil masa selama sejam ditemani oleh seorang jurupandu. Orang dewasa berumur 16 tahun ke atas sahaja dibenarkan menaiki ‘ATV’ untuk faktor keselamatan. Pengembaraan ini boleh ditempah melalui pengendali bertauliah yang disenaraikan di bawah.

Alamat:

  • Jalan Kampung Cherating Lama, 26080 Pahang

Laman Web:

Tiket:

12. Restoran Makanan Laut Intan

Cherating terletak di tepi laut dan semestinya makanan laut harus dicuba. Di restoran ini, makanan yang dimasak adalah gaya tradisional Melayu menggunakan bahan-bahan segar dari laut. Ada lauk-pauk seperti ikan, kerang, udang, pelbagai sayur-sayuran dan sebagainya. Selain itu, ada juga makanan Thai, makanan barat dan pelbagai jenis jus buah-buahan segar. Makanannya agak pedas gaya Melayu pantai timur. Satu makanan yang harus dicuba ialah ketam masak kari yang amat popular di kalangan pengunjung. Selain itu, ada juga masakan BBQ yang diadakan sekali sekala. Ada tempat duduk yang terletak betul-betul di hadapan pantai. Restoran ini sesuai untuk menikmati makanan sedap sambil melihat matahari terbenam.

Alamat:

  • Lot 995, Cherating, 26080 Balok, Pahang

Facebook:

Waktu Buka:

  • 12.00tengahari-11.00malam (Isnin-Ahad)

13. Restoran Duyong

Restoran Duyong pula ialah satu lagi restoran makanan laut terkemuka di Cherating. Restoran Duyong menawarkan makanan laut gaya Cina halal. Masakan ikan stim, sayur seperti kailan, mee goreng Cina dan sebagainya terdapat dalam menu utama masakan di sini. Minuman-minuman menyegarkan seperti air kelapa adalah minuman cadangan sambil makan makanan di sini. Tambahan lagi, lokasinya unik kerana terletak di tebing Sungai Cherating. Selain makan makanan yang sedap, ada juga peluang melihat haiwan-haiwan liar tempatan kalau bernasib baik. Di seberangnya saja ada pokok-pokok bakau yang mempunyai pelbagai kehidupan liar. Selain makanan gaya Cina, ada juga beberapa menu gaya Melayu, Barat dan Thai yang boleh dicuba. Malahan, harga menunya pun sangat berpatutan.

Alamat:

  • Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Buka:

  • 11.00pagi-11.00malam (Isnin-Ahad)

14. Restoran Sara Thai Kitchen

Selepas mencuba makanan Melayu dan Cina, bolehlah pergi ke restoran ini pula untuk mencuba makanan Thai. Sudah tentunya masakan tom yam adalah paling popular di sini dan haruslah dicuba. Kalau meminati masakan yang pedas-pedas belaka bolehlah datang ke sini. Selain tom yam, ada juga pad thai, mangga dengan nasi pulut dan sebagainya. Makanan-makanan laut dengan sos thai seperti ikan-ikan masak stim, ketam masak kicap, udang goreng tepung dan sebagainya sangat laku di restoran ini. Lokasinya terletak di tengah-tengah kampung di hadapan jalan utama ke pusat-pusat peranginan. Memang tidak akan terlepas pandang kerana ada banyak para pengunjung setiap malam datang makan ke sini.

Alamat:

  • Jalan Kuantan – Kemaman, Cherating, 26080 Balok, Pahang

Waktu Buka:

  • 12.30tengahari-12.00tengahmalam (Isnin-Ahad)

Kesimpulan Tentang Tempat Menarik Di Cherating

Cherating di pantai timur ini memberi satu percutian pantai yang lengkap kepada tema pelancongan pantai yang ingin dinikmati. Resort Penginapan Club Med ada semua kemudahan hotel 5-bintang bersama ahli keluarga, Kampung Cherating ada menyediakan pengalaman kehidupan kampung dan Pantai Cherating pula ada flora dan fauna seperti penyu-penyu dan hutan paya bakau untuk dilihat. Tambahan lagi, aktiviti-aktiviti luar seperti meluncur, menaiki ‘ATV’ dan snorkel semuanya boleh dilakukan di sini, semuanya dalam lingkungan 30 minit dari pusat pekan Cherating. Memang seronok berada di Cherating menghabiskan masa di tepi lautnya. Semua tempat menarik di Cherating pastinya menjanjikan pengalaman yang manis yang tidak akan dilupakan.

Add Comment