Tempat Menarik di Bentong: 10 Tempat Best Untuk Dilawati

Tempat Menarik di Bentong – Bentong ialah tarikan tanah tinggi yang terulung di negeri Pahang. Lokasinya terletak di kawasan Banjaran Titiwangsa memisahkan Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama negeri Pahang. Tidak perlu lagi pergi ke luar negara kerana persekitaran di sini nyaman dan segar. Walaupun dimajukan sebagai kawasan pelancongan, kehijauan kawasan hutan dan kebersihannya terjaga rapi. Malah pekan utamanya iatu Pekan Bentong telah dianugerahkan dengan gelaran destinasi ‘Udara Segar Membersihkan Paru-Paru’ yang pertama di Malaysia.

Bentong sudah lama menjadi pilihan warga kota menghabiskan waktu cuti untuk melarikan diri daripada cuaca panas tropika. Kesemua tempat menarik di Bentong wajar dilawati oleh para pelancong yang datang ke sini. Kemudahan-kemudahan seperti hotel, restoran dan tarikan pelancongan di Bentong ada macam-macam jenis daripada hotel bajet sehinggalah hotel 5-bintang dengan padang golf.

Tempat Menarik Di Bentong

10 Tempat Menarik Di Bentong

1. Galeri Bentong

Galeri Bentong ialah sebuah muzium kecil yang menceritakan sejarah pembukaan Bentong dari penubuhannya sehinggalah ke hari ini. Bangunan yang didiami muzium ini pun bersejarah merupakan tapak asal syarikat milik Encik Loke Yew, iatu pengasas pekan Bentong. Muzium ini dibahagikan kepada tiga dewan utama iatu dewan pameran tentang peranan Encik Loke Yew yang telah membangunkan tempat ini. Dewan kedua ada pameran fotografi, sejarah perkembangan Bentong dan juga informasi mengenai tarikan pelancongan di Bentong. Dewan ketiga pula menceritakan semua tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Bentong seperti Raja Pahang yang memberi kebenaran pemajuan Bentong dan wakil-wakil rakyat Bentong terdahulu. Selepas melawat muzium, sebuah kafe ada disediakan untuk menikmati kopi yang dijual.

Alamat:

  • Jalan Loke Yew, 28700 Bentong

Laman Web:

Facebook:

Waktu Buka:

  • 10.00pagi-7.00petang (Khamis-Selasa)
  • Cuti(Rabu)

Tiket:

  • Percuma

2. Bentong Walk

Pada hujung minggu Jalan Chui Yin dikenali sebagai ‘Bentong Walk’ ada membuka gerai-gerai yang bukan sahaja menjual makanan, malah ada aktiviti-aktiviti dianjurkan seperti membuat hasil seni, pentas persembahan, permainan-permainan untuk kanak-kanak kecil dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan membolehkan para pelawat berinteraksi seperti acara menyanyi dan persembahan secara lansung untuk menghiburkan para pengunjung sambil membeli-belah di gerai-gerai. Dari pukul 5 petang hingga 11 malam setiap hari Sabtu, penduduk Bentong dan para pelancong akan membanjiri ‘Bentong Walk’ untuk menikmati suasana ala karnival ini. Malah, jalan akan disinari lampu-lampu jalanan istimewa hanya untuk malam Sabtu. ‘Bentong Walk’ semestinya satu pengalaman yang indah berpesta dengan penduduk tempatan menghangatkan suasana walaupun malamnya dingin.

Alamat:

  • Jalan Chui Yin, 28700 Bentong

Facebook:

Waktu Buka:

  • 5.00petang-11.00malam (Sabtu)

3. Hutan Lipur Konifer

Kalau ingin mengambil gambar bergaya seperti di negara empat musim, tidak perlu pergi jauh. Sejam pemanduan dari bandaraya Kuala Lumpur, sebuah kawasan ditumbuhi dengan pokok-pokok konifer ada disediakan. Dalam hutan lipur ini ada disediakan pelbagai kemudahan seperti tempat berehat dan tempat bermain kanak-kanak. Pokok-pokok konifer yang tinggi dikelilingi dengan bunyi-bunyian alam dan kicauan burung-burung tempatan amat mengasyikkan. Lagipun, lokasinya hanya terletak berdekatan dengan jalanraya utama memudahkan orang ramai datang ke sini. Terdapat banyak peluang mengambil gambar-gambar fotogenik di sekitar taman ini terutamanya pada waktu awal pagi apabila tempatnya diseliputi dengan kabus-kabus tebal di sekeliling kawasan berbukit ini. Tempat ini sesuai dijadikan kawasan rehat seketika sebelum meneruskan lagi perjalanan ke destinasi masing-masing.

Alamat:

  • Bukit Tinggi, 28750 Bentong

Waktu Buka:

  • 24 Jam (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

4. Lemang To’ki

Restoran Lemang To’ki sudah dikenali ramai kerana lemang versi restoran ini harum dengan kepekatan santan yang cukup rasa. Bukan sahaja ada lemang yang dijual malah ada rendang daging, ayam panggang, pelbagai minuman dan sebagainya boleh didapati di sini. Pada waktu puncak seperti makan tengahari pastinya ada ramai orang.  Satu keistimewaannya ialah, para pengunjung dapat melihat bagaimana lemang mereka dibuat dan dimasak kerana tempat memasak lemang ada di perkarangan restoran tersebut. Apabila melihat masakan dibuat di depan mata, pasti ingin memesan untuk dimakan kerana baunya yang wangi. Bukan sahaja ada makanan-makanan yang sedap, malah ada juga banyak jenis minuman istimewa seperti air batu campur, air berkarbonat dengan aiskrim dan ‘lychee kang’.

Alamat:

  • Lemang To’ki, 28700 Bentong

Facebook:

Waktu Buka:

  • 7.00pagi-12tengah malam (Selasa-Ahad)
  • Tutup (Isnin)

5. Muzium Felda

Muzium ini memaparkan sejarah pembangunan tanah Felda di negara Malaysia yang terletak di Lurah Bilut iatu tempat pertama program pembangunan ini dilancarkan. Bangunannya pun bersejarah kerana ia merupakan pejabat pentadbiran Felda yang pertama dibina pada tahun 1958. Program Felda pada sejarahnya bertujuan untuk menurunkan jurang pendapatan antara penempatan kampung dan bandar yang berbeza. Satu perkara yang menarik ialah Felda telah mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu atas kejayaan memberi peluang sama rata kepada penduduk luar bandar. Dalam muzium ini penuh dengan khazanah lama daripada projek Felda seperti kenangan mengenai permulaan projek dan peranan kerajaan mengembangkannya. Ianya amat sesuai untuk orang yang ingin mendalami sejarah ekonomi pertanian Malaysia.

Alamat:

  • Kampung Baharu, Lurah Bilut, Bentong

Waktu Buka:

  • 10.30pagi-5.00petang (Isnin-Ahad)

Tiket:

  • Percuma

6. Rumah Terbalik Bentong

Satu lagi tarikan di sini ialah Rumah Terbalik Bentong. Tarikan unik ini dibina dengan semua peralatan dan perkakasan rumah dilekatkan dari atas siling. Apabila para pengunjung berjalan di dalam bilik, mungkin nampak agak kekok sedikit tetapi selepas mengambil gambar memang cantik-cantik belaka dan nampak sangat kreatif. Bilik-bilik pameran dibina pada tiga tingkat. Ada tiga tema bilik-bilik mengambil gambar iatu tema 70-an pada tingkat pertama, tema tempat moden di tingkat dua dan tema ruang rumah di tingkat tiga. Saiznya yang agak besar sangat berbaloi untuk menjelajahnya sambil mengambil gambar. Tempat ini sangat sesuai terutamanya kepada seisi keluarga yang ingin merakam gambar-gambar lucu kekeluargaan.

Alamat:

  • Jalan Pertiwi, Medan Desa Pertiwi, 28700, Bentong

Facebook:

Waktu Buka:

  • 11.00pagi-7.00malam (Isnin-Rabu)
  • Tutup (Khamis)

Tiket:

  • RM18 (Dewasa)
  • RM10 (Kanak-Kanak)

7. Taman Lebah Lembah Bilut

Taman Lebah Lembah Bilut istimewa kerana di sini ada diternak lebah spesis lebah kelulut tempatan. Lebah kelulut ialah sejenis spesis lebah yang tidak menyengat manusia kerana ianya spesisnya yang lemah. Lebah kelulut membina sarangnya di dalam ruang pepohon pokok, tidak seperti lebah biasa yang membina sarang di luar. Di taman lebah ini, para pengunjung berpeluang melihat lebah ini secara lebih dekat di sarangnya. Sarang lebah dibina daripada pepohon pokok yang ditebang yang disediakan khas untuk lebah kelulut. Taman lebah ini sangat sesuai kalau berminat untuk belajar bagaimana membina kebun kelulut sendiri. Di sini juga ada dijual madu kelulut yang telah dibotolkan.

Alamat:

  • Bilut Valley Bee Farm, Lot 6773, Lurah Bilut, Bentong

Telefon:

  • 010-919 7033

Facebook:

Waktu Buka:

  • Sila telefon untuk temujanji

8. Air Terjun Chamang

Air Terjun Chamang terletak kira-kira 8 km dari pekan Bentong. Kawasannya hijau dan luas kerana ianya terletak dalam kawasan perlindungan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi. Keunikan air terjun adalah jeram yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu. Di sekeliling air terjun pula terdapat pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung dan reptilia yang unik. Ada satu titi air yang merentangi air terjun yang juga adalah satu perhentian yang cantik untuk mengambil gambar air terjun. Ada disediakan tapak perkhemahan dan kemudahan barbeku untuk orang yang merancang untuk berkhemah di sana. Selain berfungsi sebagai tempat rekreasi, tempat ini juga merupakan tempat pendidikan dengan papan tanda informasi yang boleh dibaca pada pokok-pokok dan bunga-bungaan.

Alamat:

  • Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang

Waktu Buka:

  • Buka sepanjang hari

9. Restoran Ikan Bakar Sri Tanjung

Satu lagi restoran yang ternama di sini ialah Restoran Ikan Bakar Sri Tanjung yang popular dengan juadah ikan bakarnya. Ada pelbagai jenis ikan-ikan yang segar belaka untuk dipilih seperti ikan kakap merah, ikan kerapu, ikan tilapia, ikan pari dan lain-lain. Selain ikan bakar, juadah lain yang dijual di sini adalah ikan kukus, sotong goreng istimewa, kerang dan pelbagai jenis sayuran. Tambahan lagi ada juga masakan panas ala thai, tomyam, sup ekor, sup tulang dan macam lagi ada di sini. Pemilik kedai sangat pakar dalam membakar ikan setelah bertahun-tahun menyempurnakan kemahiran. Ikan akan diperap terlebih dahulu dalam sos cili istimewa resepi pemilik kedai yang memberikan ikan panggang rasanya yang sedap.

Alamat:

  • 1978, Jalan Tras, 28700 Bentong

Waktu Buka:

  • 5.00petang-12.00tengah malam (Isnin-Ahad)

10. Resort Berjaya Hills Tropicale Colmar

Resort Berjaya Hills Colmar Tropicale ialah resort penginapan 4-bintang tanah tinggi yang terkenal di Bentong. Bangunan-bangunan di sini dibina berdasarkan rekabentuk sebuah perkampungan kuno di Alsace di Perancis. Suhunya nyaman sekali dikelilingi pokok-pokok menghijau. Hotel ini menyediakan banyak jenis bilik bertemakan rekabentuk Perancis dengan kemudahan-kemudahan seperti spa, kolam renang dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti luar seperti menunggang kuda, aktiviti sukan lasak, golf dan macam-macam lagi. Ada juga taman bertema Jepun dan mini zoo untuk dinikmati di sini. Semuanya bertemakan Perancis dengan nama-nama restoran yang menggunakan perkataan Perancis dan para pekerja pun menggunakan baju seragam bertemakan Perancis.

Alamat:

  • KM 48, Bukit Tinggi, 28750 Bentong

Laman Web:

Facebook:

Harga Semalam:

  • Harga semalam bermula daripada RM250. Sila semak laman web agregator untuk harga semasa

Kesimpulannya tentang tempat menarik di Bentong

Pengalaman percutian di Bentong menawarkan iklim yang segar sepanjang tahun. Tidak perlu bimbang dengan perubahan monsun, jadi percutian di sini dijamin berlansung dengan penuh kegembiraan den keseronokan. Bukan sahaja tarikan alam semulajadi, malah ada hotel penginapan mewah, muzium-muzium bersejarah dan makanan-makanan yang sedap. Mungkin faktor ketinggiannya membuatkan semua kegiatan di sini lebih bermakna. Selain itu, percutian ke sini ada sebab munasabah untuk memakai baju sejuk berfesyen yang tiada kesempatan dipakai di tempat lain. Apabila ke Malaysia, bolehlah membuat pelan percutian hebat ke Bentong yang cuma terletak kira-kira satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Semua tempat menarik di Bentong menjemput tetamu datang bagaikan angin segarnya yang menghembus ke tubuh badan dan merehatkan pemikiran.

Add Comment